widget

Wednesday, 6 February 2013

Kontroversi Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Dalam Perkara probet Dan Pentadbiran


Kes Jumaaton Dan Satu Lagi V Raja Hizarudin Amat Popular Dan Pernah Mencetuskan Kontroversi Dalam Hal Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Selain Dari Kes-Kes Yang Melibatkan Pertukaran Agama Seperti Kes Nyonya Tahir,Moorty Dan Sebagainya. Kes Ini Mengupas Bidangkuasa Mahkamah Syariah Dalam Pentadbiran Harta Amanah Orang Islam. Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Dalam Perkara Pembahagian Dan Perwarisan Harta Berwasiat Atau Tak Berwasiat Tidak Termasuk Dalam Soal Pentadbiran Dan Penyelesaian Harta Pusaka Orang-Orang Islam Khususnya Apabila Membabitkan Perkara Probet Dan Surat Mentadbir Pusaka. Kesemua Ini Berlaku Atas Halangan Dan Sekatan Yang Terdapat Sendiri Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Dimana Pindaan Perkara 121(1A) Ternyata Tidak Dapat Mengatasi Permasalahan Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Sepenuhnya. Senario Ini Akan Berkekalan Selagimana Pindaan Tidak Dibuat Kepada Beberapa Perkara Yang Menjadi Halangan Untuk Mahkamah Syariah Melaksanakan Tanggungjawab Seperti Yang Disenaraikan Dibawah Senarai 2, Senarai Negeri, Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan Pindaan Ini Mempunyai Kesan Yang Sama Dengan Peruntukan Yang Ada Dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Dengan Kata Lain, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan Dan Akta Probet Menunjukkan Kuasa Probet Berada Pada Mahkamah Sivil, Sementara Pindaan 121(1A) Boleh Ditafsirkan Telah Mengubah Kedudukan Kuasa Mahkamah Tinggi Dalam Pentadbiran Probet Dan Kedua-Dua Peruntukan Itu Dari Sudut Kesannya Adalah Sama.

Didalam Kes Jumaaton, Hakim Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan Selepas Mendengar Permohonan Itu Telah Memutuskan Bahawa Mahkamah Tinggi Syariah Tidak Ada Bidangkuasa Mengikut S46(B) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)1993 Dan Tuntutan Ditolak. Pemohon Telah Merayu Di Mahkamah Rayuan Namun Rayuannya Juga Ditolak Kerana Mahkamah Syariah Tidak Mempunyai Kuasa Dalam Perkara Probet Dan Surat Mentadbir Harta.

Apa Yang Menjadi Konflik Ialah Didalam Senarai 2 Jadual Ke- 9 Telah Menyebut Bahawa Mahkamah Syariah Mempunyai Bidangkuasa Berhubungan Dengan“Hukum Syarak Berhubung Dengan Mewaris Harta Berwasiat Dan Harta Tak Berwasiat” Dan “Pembahagian Harta”, Apabila Rujukan Dibuat Kepada Senarai 2 Jadual 9, Perkara Ini Tidak Termasuk Probet Dan Surat Mentadbir Pusaka Dimana Perkara (E) Perenggan (I) Menyebut Parlimen Boleh Membuat Undang2 Antara Lain Mengenai “Pewarisan Harta Berwasiat Dan Harta Tak Berwasiat, Probet Dan Surat Mentadbir Pusaka Dan Didalam Perenggan (Ii) Perkara (A) Senarai Ini Juga Menyebut Perkara Yang Tersebut Dalam Perenggan (1) Tidak Termasuk Undang-Undang Diri Orang-Orang Islam Berhubung Dengan “ Pemberian Atau Pewarisan Harta Berwasiat Dan Tidak Berwasiat”. Ini Bermakna Undang-Undang Mengenai Probet Dan Surat Mentadbir Harta Dimasukkan Dalam Senarai Persekutuan Dan Bukan Senarai Negeri.Oleh Itu, Badan Perundangan Negeri Dan Mahkamah Syariah Tidak Mempunyai Dalam Perkara Probet Dan Surat Mentadbir Harta.

Walaupun Semua Pihak Dalam Kes Ini Beragama Islam Namun Demikian Kuasa Untuk Mentadbir Harta Pusaka Telah Dibuat Di Mahkamah Tinggi Sivil. Ini Disebabkan Oleh Kerana Perkara Probet Dan Surat Mentadbir Pusaka Diletakkan Dibawah Senarai Kuasa Perundangan Persekutuan Dan Tidak Dikecualikan Bagi Orang Islam, Oleh Kerana Itu Undang-Undang Mengenai Probet Dan Pentadbiran Pusaka Terdapat Dalam Akta Probet Dan Pentadbuiran 1959. Di Bawah Akta Ini Amanah Raya Berhad Telah Dilantik Menjalankan Semua Kuasa Mengenai Harta Pusaka Termasuk Membawa Apa-Apa Tindakan Yang Boleh Dibuat Oleh Si Mati Jika Ia Masih Hidup. Dalam Perkara Ini Telah Diputuskan Dalam Beberapa Kes Di Malaysia Bahawa Apabila Pentadbiran Sesuatu Harta Pusaka Oleh Pentadbir Yang Dilantik Oleh Mahkamah Belum Selesai, Waris Harta Pusaka Itu Tidak Mempunyai Apa-Apa Hak Dalam Harta Pusaka Itu. Di Dalam Kes Lee Ah Thaw & Anor V Lee Chun Tek,[1] Mahkamah Memutuskan Bahawa “Harta Pewasiat Terletak Hak Pada Wasi Waktu Pentadbiran Harta Pusakanya Dan Tiada Sesiapa Lain Mempunyai Apa-Apa Kepentingan Dalam Harta Itu”.

Apa Yang Jelas Ialah Terdapat Dua Peruntukan Yang Berbeza Dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan Berhubung Dengan Undang-Undang Pusaka Orang-Orang Islam Dan Pentadbiran Pusaka Bagi Orang-Orang Islam, Di Mana Yang Pertama Diletakkan Dalam Senarai 2 (1) Iaitu Senarai Negeri Dan Yang Kedua Pula Diletakkan Dibawah Senarai 1(4)(E)(I) Iaitu Senarai Persekutuan. Kedudukan Yang Lebih Jelas Dapat Diperhatikan Dalam Kedua-Dua Senarai Tersebut Diatas.

Senarai 2 (1), Jadual 9 Memperuntukkan:

“ Kecuali Mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan Dan Putrajaya, Hukum Syarak Dan Undang-Undang Diri Dan Keluarga Bagi Orang Yang Menganut Agama Islam, Termasuk Hukum Syarak Berhubung Dengan Mewarisi Harta Berwasiat Dan Tak Berwasiat, Pertunangan, Perkahwinan…..”[2]

Manakala Senarai 1(4)(E) Pula Memperuntukkan:

“ Undang-Undang Dan Acara Sivil Dan Jenayah Termasuk…. Pewarisan Harta Berwasiat Dan Tidak Berwasiat, Probet Dan Surat Mentadbir Pusaka…”[3]

Berdasarkan Kedua-Dua Senarai Diatas Dapat Disimpulkan Bahawa Undang-Undang Pusaka Orang Islam Terletak Dibawah Bidangkuasa Negeri-Negeri Manakala Pentadbiran Keadilan Termasuk Pentadbiran Pusaka Bagi Orang Islam Adalah Terletak Dibawah Bidangkuasa Kerajaan Persekutuan. Peruntukan Didalam Senarai 2 Telah Dihadkan Oleh Perkataan "Probet Dan Pentadbiran Yang Terdapat Dalam Senarai 1". Maka Kesannya Orang Islam Perlu Berhubung Dengan Dua Buah Mahkamah Untuk Membahagikan Harta Pusaka, Pertama Melalui Mahkamah Syariah Untuk Menentukan Status Waris Dan Kadar Pewarisan, Kedua Melalui Mahkamah Sivil Untuk Urusan Pentadbiran.[4]


Undang-Undang Harta Pusaka Islam Adalah Tertakluk Kepada Batas-Batas Yang Digariskan Oleh Undang-Undang Persekutuan. Berpandukan Peruntukan Undang-Undang Persekutuan Tertentu Seperti Akta Probet Dan Pentadbiran 1959 Dan Akta Kehakiman 1964 Menunujukkan Bahawa Undang-Undang Tersebut Telah Memberikan Lebih Kuasa Kepada Mahkamah Sivil Berbanding Dengan Mahkamah Syariah Untuk Memutuskan Hal-Hal Yang Berkaitan Dengan Probet Dan Pentadbiran Harta Pusaka Orang Islam Di Malaysia.[5]

Undang-Undang Harta Pentadbiran Yang Terpakai Keatas Orang Islam Adalah Akta Probet Dan Pentadbiran 1959 Dan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian ) 1955. Akta Ini Akan Digunapakai Dalam Perkara-Perkara Yang Melibatkan Peninggalan Harta Berwasiat Dan Tak Berwasiat Dan Dalam Urusan Pentadbiran Dan Pembahagian Harta Pusaka Si Mati Termasuk Harta Alih Dan Tak Alih.[6] Natijahnya, Kuasa Yang Terhad Telah Diberikan Kepada Mahkamah Syariah Hanyalah Untuk Menentukan Bahagian Yang Patut Diterima Oleh Setiap Ahli Keluarga Yang Berhak Mengikut Hukum Syarak.[7]


PRINSIP AM PROBET DAN PENTADBIRAN

Seseorang Yang Meninggal Dunia Dengan Meninggalkan Wasiat Dikira Sebagai Mati Berwasiat, Manakala Seorang Yang Yang Tidak Meninggalkan Wasiat Dikira Mati Tidak Berwasiat. Apabila Seseorang Itu Meninggal Dunia, Adalah Penting Warisnya Memastikan Samaada Simati Meninggalkan Wasiat Atau Tidak. Jika Si Mati Meninggalkan Wasiat, Seluruh Asetnya Akan Diletak Hak Dibawah Wasinya. Pada Kebiasaannya, Pewasiat Akan Melantik Seorang Wasi Itu Pemegang Amanah Untuk Mengurus Dan Membahagi Asetnya, Atau Untuk Menguruskan Segala Urusan Selepas Kematian. Undang –Undang Islam Menetapkan Had Dalam Pembahagian Harta Si Mati Menerusi Wasiat Iaitu Sebanyak 1/3 Sahaja Yang Boleh Dibahagikan Mengikut Kehendak Simati. Bahagian Selebihnya Sebanyak 2/3 Hendaklah Dibahagi Mengikut Undang-Undang Faraid.

Apabila Seseorang Itu Mati Tidak Berwasiat Seseorang Terutamanya Daripada Kalangan Ahli Keluarganya Akan Memohon Untuk Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir, Dan Pemohon Tersebut Mestilah Orang Yang Layak Mengikut Peraturan Prioriti.[8] Oleh Sebab Itu, Dalam Kes Kematian Tak Berwasiat, Isu Probet Tidak Timbul. Dalam Kes Ini, Si Mati Adalah Mati Tidak Berwasiat.[9]

TAFSIRAN PERKARA 121 (1A) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN[10]

Didalam Kes Mohamad Habibullah Bin Mahmood Lwn Faridah Bt Dato’ Talib[11] Jelas Menunjukkan Harus Ada Peruntukan Nyata Dalam Enakmen Negeri Sebelum Mahkamah Syariah Boleh Dianggap Mempunyai Bidangkuasa Dalam Sesuatu Perkara. Keputusan Yang Telah Diberikan Oleh Hakim Harun Hashim Berkenaan Dengan Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Boleh Dikatakan Agak Terhad Berbanding Dengan Keputusan Dalam Mad Hakim Lee Lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur Yang Mana Sekiranya Sekiranya Mahkamah Syariah Ingin Mempunyai Bidangkuasa Dalam Sesuatu Perkara, Adalah Tidak Memadai Bagi Badan Perundangan Negeri Sekadar Mempunyai Kuasa Untuk Menggubal Undang-Undang Tertentu Sahaja Tetapi Tidak Menggubalnya. Badan Perundangan Negeri Perlu Memperuntukkan Bidang Kuasa Tersebut Kepada Mahkamah Syariah Melalui Enakmen Negeri Dan Hanyalah Setelah Itu Mahkamah Syariah Boleh Dikatakan Mempunyai Bidang Kuasa Dalam Perkara Berkenaan. Ini Jelas Menunjukkan Bahawa Kaedah Kaedah Yang Digunakan Dalam Kes Mad Hakim Lee[12] Adalah Berlawanan Dengan Apa Yang Telah Diputuskan Oleh Mahkamah Agung Dalam Kes Mohamed Habibullah.


Sekiranya Kaedah Yang Digunakan Dalam Kes Mohamed Habibullah Itu Diterima Pakai, Adalah Dihujahkan Bahawa Mahkamah Syariah Masih Boleh Dikatakan Mempunyai Kuasa Mengikut Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 Dengan Jelasnya Memperuntukkan Kepada Mahkamah Tinggi Syariah Dengan Hal-Hal Yang Berkaitan Dengan Wasiat Atau Pemberian Semasa Marad Al Maut, Pembahagian Dan Pewarisan Harta Si Mati Sama Ada Berwasiat Atau Tidak Dan Penentuan Bahagian-Bahagian Pewarisan. Jadi Walaupun Tiada Peruntukan Nyata Tentang Isu Pentadbiran Dalam Enakmen Negeri, Mahkamah Syariah Masih Mempunyai Bidang Kuasa Untuk Menguruskan Probet Dan Pentadbiran Estet Si Mati Yang Beragama Islam Kerana Bidang Kuasa Berkenaan Undang-Undang Pewarisan Islam Tersebut Boleh Diperoleh Secara Tersirat Daripada Peruntukan Yang Ada. Kaedah Umum Pentafsiran Undang2 Memperuntukkan Bahawa Sekiranya Makna Sesuatu Statut Tidak Jelas, Pentafsiran Secara Tersirat Adalah Dibolehkan Dalam Sesetengah Kes. Dalam Kes Soon Singh,[13] Meskipun Tiada Peruntukan Yang Nyata Dalam Enakmen Negeri Tentang Bidang Kuasa Mahkamah Dalam Isu Keluar Daripada Agama Islam, Mahkamah Telah Menggunakan Prinsip Pentafsiran Secara Tersirat Ini Dengan Mengambil Kira Peruntukan Pertukaran Agama Daripada Agama Lain Kepada Islam.
Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan Sepatutnya Dapat Membuka Ruang Untuk Mengatasi Kesukaran Yang Selama Ini Dihadapai Oleh Mahkamah Syariah. Tidak Dinafikan Bahawa Pindaan Ini Telah Berjaya Mengatasi Sebahagian Besar Kesukaran Yang Selama Ini Telah Dikenal Pasri Seperti Elemen Mambawa Kes Samada Seseorang Itu Murtad Atau Tidak, Tuntutan Pengesahan Seorang Anak, Wakaf Dan Sebagainya Ke Mahkamah Awam Sudah Berakhir. Namun Demikian, Bagi Sesetengah Kes Seperti Probet, Ia Dikatakan Masih Berada Dalam Bidang Kuasa Mahkamah Awam. Alasan Yang Dikemukakan Ialah Perkara-Perkara “Probet Dan Pentadbiran Harta” Dimasukkan Dalam Senarai Persekutuan Dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan Dan Tidak Diberikan Kuasa Kepada Negeri. Oleh Sebab Itu, Ia Tidak Termasuk Dalam Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.[14]


Jika Prinsip Ini Diaplikasi, Meskipun Senarai Persekutuan Menyatakan Parlimen Mempunyai Bidang Kuasa Ekslusif Untuk Menggubal Undang-Undang Berkaitan “Pewarisan, Mati Berwasiat Atau Mati Tak Berwasiat, Probet Dan Pentadbiran”, Kuasa Ini Tidak Termasuk Dalam “Undang-Undang Persendirian Islam Yang Berkaitan Dengan Pewarisan, Mati Berwasiat Dan Mati Tidak Berwasiat” Seperti Yang Dinyatakan Dalam Senarai Yang Sama. Hal Ini Kerana Undang-Undang Pewarisan Islam Tidak Membezakan Antara Undang-Undang Pewarisan Islam Dengan “Probet Dan Pentadbiran” Apabila Bidang Kuasa Mahkamah Dibincangkan. Kesan Penafsiran Yang Sedemikian Akan Menyebabkan Butiran 1, Senarai 2 Akan Meliputi Keseluruhan Undang-Undang Pewarisan Islam, Mati Berwasiat Dan Mati Tidak Berwasiat, Yang Juga Akan Meliputi Probet Dan Pentadbiran..Dengan Ini Mahkamah Tinggi Syariah Seharusnya Mempunyai Bidangkuasa Dalam Hal Tersebut, Bukannya Mahkamah Tinggi Sivil. [15]

Harta Peninggalan Si Mati Hendaklah Diputuskan Menjadi Harta Pusaka Untuk Waris-Warisnya Darpada Tarikh Kematiannya. Cara Ini Meliputi Kehendak Peraturan Pusaka Orang Islam. Oleh Yang Demikian, Mereka Ialah Orang Yang Ada Hak Dalam Harta Itu. Jika Ini Diputuskan Soal Sama Ada Pihak-Pihak Ada Locus Standi, Tidak Akan Mudah Diputuskan. Secara Umumnya, Jika Seseorang Mempunyai Hak Dalam Sesuatu Harta Maka Dengan Sendirinya Ia Mempunyai Locus Standi Kerana Ketetapan Sudah Menjadi Aturan Penyusunan Syariah.[16]


BIDANGKUASA MAHKAMAH DALAM HAL EHWAL PEWARISAN :[17]


Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Adalah Sangat Sempit Kerana Ianya Setakat :

A) Mengesahkan Benefisiari Yang Berhak Kepada Harta Pusaka Si Mati Yang Beragama Islam.

B) Mengesahkan Kadar Saham Benefisiari Berkenaan Dalam Sijil Faraid Atau Akuan Perwarisan Sahaja.

Manakala Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Sivil Adalah Lebih Luas Dan Terpakai Dalam Perkara-Perkara Berikut :

A) Kes-Kes Kematian Berwasiat

B) Kes-Kes Kematian Berwasiat Dan Tidak Berwasiat

C) Kes-Kes Kematian Tak Berwasiat Bagi Si Mati Yang Meninggalkan Harta Pusaka

D) Membicara Dan Memutuskan Kes-Kes Rayuan Pusaka


[1] (1978) 1 MLJ 173

[2] Perlembagaan Persekutuan

[3] Ibid

[4] Bidangkuasa Mahkamah Syariah Dalam Kes Pewarisan

[5] Probate And Administration Of A Muslim’s Estate In Malaysia-Legislative Competence And Syariah/Civil Court Jurisdiction

[6] The Principle Of Mirath In Islam And Its Application In The Administration And Distribute Of Muslim Intestate States In Peninsular Malaysia With Special Reference The Group Settlement Land

[7] Akta Pentadbiran Undang –Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan )1993

[8] Akta Probet Dan Pentadbiran 1959

[9] Bidangkuasa Mahkamah Syariah Dalam Kes Pewarisan

[10] Ibid

[11] (1992) 2 MLJ 798

[12] (1998) 1 MLJ 681

[13] (1999) 1 MLJ 489

[14] Ulasan Kes : Jumaaton Dan Raja Delila Lwn Raja Hizaruddin

[15] Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Dalam Kes Pewarisan

[16] Ulasan Kes : Jumaaton Dan Raja Delila Lwn Raja Hizaruddin

[17] Harta Amanah Orang Islam Di Malaysia Perspektif Undang-Undang Dan Pentadbiran


http://nuuraminah.blogspot.com/2010/08/kontroversi-bidangkuasa-mahkamah.html