SELAIN Solat
Lima Waktu Yang Dituntut Ditunaikan Pada Setiap Hari, Terdapat Satu Lagi
Kewajipan Terhadap Kaum Adam Iaitu Solat Jumaat. Ibadah Berkenaan Dilihat Bukan
Sekadar Kewajipan Tetapi Ia Mempunyai Objektif Mendalam Sekiranya Setiap Umat Islam
Menghayati Hikmah Tuntutan Solat Tersebut.
Dimulakan Dengan Laungan Azan Zuhur, Kemudian Diikuti Oleh Dua Khutbah Dan
Diakhiri Dengan Solat Dua Rakaat Secara Berjemaah Sebenarnya Memperlihatkan
Konsep Kesatuan Umat Islam Yang Dimana Kaum Lelaki Berkumpul Seminggu Sekali
Untuk Mendengar Mesej Khutbah Disampaikan Oleh Khatib.
Mengenai Khutbah, Sejak Amalan Itu Diperkenalkan Ketika Pertama Kali Solat Jumaat
Ditunaikan Di Madinah, Ia Telah Banyak Memberi Manfaat Kepada Umat Islam. Bukan
Sahaja Kandungannya Penuh Dengan Peringatan, Tetapi Sarat Dengan Motivasi Dan
Nasihat Kepada Umat Islam Dalam Misi Memajukan Ummah.
Bahkan Khutbah Disampaikan Oleh Rasulullah SAW Dikatakan Melahirkan Rasa
Keyakinan Terhadap Kekuasaan Allah SWT Yang Tidak Terbatas Sehingga Melahirkan
Kecintaan Terhadap Ilahi Serta Mengajak Untuk Mengaitkan Segala Amal Duniawi Dengan
Tidak Melupakan Soal Akhirat.
Selain Khutbah Dan Solat, Amalan Lain Seperti Solat Sunat, Membaca Al-Quran,
Berzikir Dan Sebagainya Juga Merupakan Tindakan Menambah Kesempurnaan Hari Jumaat
Yang Antara Lain Bermaksud Perjumpaan Minggu, Sekali Gus Menjadikan Hamba Allah
Yang Beriman.
Demikian Indahnya Agama Islam Dalam Untuk Mengajak Umat Bagi Memperingati
Ketakwaan Kepada Allah Di Samping Memperkukuhkan Ukhuwah Persaudaraan Sesama Islam.
Situasi
Walaupun Ibadah Jumaat Membawa Pelbagai Mesej Kepada Umat Islam Tetapi
Mengapa Saban Hari Kualiti Ibadat Tersebut Dalam Kalangan Umat Hari Ini Islam Semakin
Merosot. Lihat Sahaja Gelagat Para Jemaah Yang Hadir, Terdapat Daripada Mereka
Didapati Mengambil Kesempatan Untuk Melepaskan Kepenatan Berkerja Dengan Tidur
Ketika Khatib Membaca Khutbah.
Berdasarkan Tinjauan Di Salah Sebuah Masjid Di Ibu Negara Baru-Baru Ini,
Kesempatan Waktu Lapang Itu Telah Menyebabkan Para Jemaah Mencari Ceruk-Ceruk,
Tiang-Tiang Konon Katanya Untuk Bersandar Selain Menjadi Kawasan Melepak Dan
Bersembang.
Selain Itu, Terdapat Juga Beberapa Jemaah Sempat Baring Untuk Tidur Sebelum
Tiba Azan Zuhur. Walaupun Ia Tidak Salah Daripada Segi Hukum, Tetapi Menyimpang
Daripada Objektif Kewujudan Masjid Iaitu Tempat Untuk Menambah Ketakwaan Kepada
Allah.
Gelagat-Gelagat Berkenaan Tidak Sahaja Berlaku Di Ruang Belakang Masjid,
Tetapi Juga Di Dalam Dewan Utama Masjid. Tterdapat Beberapa Jemaah Didapati Tidur,
Sebahagiannya Bermain Telefon Bimbit Dan Selebihnya Pula Menumpukan Kepada
Ibadah. Keadaan Itu Berterusan Sehinggalah Laungnya Iqamat Untuk Menunaikan
Solat Jumaat.
Alangkah Ruginya Pada Ketika Itu Apabila Khatib Membaca Khutbah Berkisar
Isu Kalimah Allah Yang Sedang Hangat Diperkatakan Telah Diabaikan.
Lain Pula Situasi Di Luar Masjid, Para Perniaga Pula Sibuk Melayan
Pelanggan Dengan Pelbagai Jenis Jualan.
Hal Demikian Sedikit Sebanyak Memperlihatkan Bahawa Keberkatan Hari Jumaat Bukan
Sahaja Direbut Dengan Amalan Ibadah, Tetapi Termasuk Juga Habuan Rezeki.
Namun Malangnya Terdapat Beberapa Peniaga Termasuk Para Jemaah Sendiri
Tanpa Segan Silu Meneruskan Jual Beli Walaupun Azan Zuhur Telah Berkumandang. Tindakan
Itu Bertentangan Dengan Arahan Allah. (Rujuk Al-Jumaah: 9)
Berdasarkan Situasi Diberikan, Adakah Sempurna Jumaat Jika Hari Penuh
Keberkatan Itu Dibiarkan Dengan Perkara-Perkata Tidak Berfaedah.
Daripada Abu Hurairah Berkata Bahawa Rasulullah SAW Bersabda, "Sebaik-Baik
Hari Yang Terbit Matahari Ialah Jumaat, Pada Hari Itulah, Adam Diciptakan Dan
Pada Hari Itulah Juga Dia Dikeluarkan Dari Syurga."
Demikian Antara Hadis Yang Menceritakan Kemuliaan Jumaat Sehingga Baginda
Menamakan Hari Keberkatan Tersebut Sebagai Sayidul Ayyam (Penghulu Segala
Hari). Bahkan Bukan Setakat Gelaran Penghulu Segala Hari Diberikan, Tetapi
Baginda Memberitahu Bahawa Hari Jumaat Terkandung Banyak Fadilat.
Salah Satu Kelebihan Adalah Berdasarkan Sebuah Hadis Riwayat Oleh Abi Said Al-Khudri
Bermaksud: "Sesiapa Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat, Allah Menerangi
Hidupnya Antara Dua Jumaat."
Berbalik Berhubung Isu Para Jemaah Mengabaikan Kelebihan Hari Jumaat Dengan
Tidur Ketika Khatib Membaca Khutbah, Bersembang Bersama Rakan-Rakan Dan
Sebagainya, Adakah Jumaat Diterima Mahupun Sempurna?
Sehubungan Itu Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim Menjelaskan Bahawa Antara
Keunggulan Ajaran Islam Ialah Tuntutan Solat Jumaat Yang Wajib Dilaksanakan
Secara Berjemaah Dan Didahulu Oleh Dua Khutbah.
Tambah Beliau, Peluang Ibadah Seminggu Sekali Sepatutnya Direbut Dan
Diambil Peluang Oleh Umat Islam Untuk Mengukuhkan Ukhuwah Selain Mendengar
Pesanan Dan Peringatkan Menerusi Khutbah Disampaikan. Beliau Menekankan Bahawa
Falsafah Tersebut Penting Untuk Difahami Oleh Umat Islam Agar Lebih Bersedia
Untuk Menghadiri Ibadah Mingguan Berkenaan.
Memberi Kesedaran
Oleh Demikian, Menurut Zamri, Pemahaman Itu Sebenarnya Memberi Kesedaran
Untuk Mengambil Peluang Mengukuh Rasa Persaudaraan Sesama Islam Dan Menambah
Semangat Untuk Memenuhi Kekosongan Iman Dan Amalan Dengan Mendengar Khutbah
Yang Disampaikan.
“ Sengaja Merancang Untuk Tidur Semasa Khutbah
Disampaikan Akan Menghilangkan Maksud Ibadah Solat Jumaat Sendiri Bahkan
Sepatutnya Persediaan Diri Dilakukan Lebih Awal Agar Mengantuk Tidak Bertandang
Sewaktu Khutbah Disampaikan.
" Sepatutnya Khutbah Jumaat Yang Disampaikan Seminggu Sekali Itu
Adalah Saat Yang Ditunggu-Tunggu Dan Bukan Dibiarkan Begitu Sahaja,"
Katanya.
Jelas Zamri, Walaupun Daripada Sudut Hukum Apabila Seseorang Jemaah Sempat
Rukuk Bersama Imam Ketika Rakaat Terakhir Dalam Solat Jumaat, Maka Ibadatnya
Itu Adalah Sah, Namun Hikmah Di Sebalik Pensyariatan Solat Jumaat Itu Tidak
Mencapai Matlamatnya, Malah Ia Sebagai Satu Kerugian Besar.
Dalam Pada Itu, Beliau Yang Juga Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Memberitahu,
Jumhur Ulama Mengatakan Haram Jika Melakukan Urusan Jual Beli Ketika Azan Kedua
Berkumandang Iaitu Ketika Imam Sudah Naik Dan Duduk Di Atas Mimbar. Menurut
Zamri, Hujah Itu Berpandukan Ayat Sembilan Surah Al-Jumuah, Bersegera Kepada
Mengingati Allah Dan Tinggalkan Jualbeli.
Kata Beliau Lagi, Objektif Suruhan Itu Adalah Untuk Mengelakkan Wujudnya
Suasana Tidak Memberikan Penumpuan Terhadap Khutbah Disampaikan. Malah Jual
Beli Berkenaan Dikhuatiri Akan Melekakan Para Peniaga Dan Pembeli Daripada Mendengar
Dan Memahami Isi Kandungan Khutbah.
" Untuk Tidak Membiarkan Masalah Ini Berlarutan, Antara Cadangan Yang
Boleh Dipertimbangkan Ialah Melakukan Perbincangan Antara Para Peniaga, Pihak
Pentadbiran Masjid Dan Tokoh Ulama. Lakukan Perbincangan Dengan Penuh Rasa
Kasih Sayang Dengan Memberi Fokus Kepada Penerangan Dan Perbincangan Hukum
Berjual Beli Ketika Khutbah Disampaikan.
" Pemahaman Keuntungan Dalam Perniagaan Dan Kaitannya Dengan
Keberkatan Hidup. Bahkan Perlu Diberi Penerangan Juga Kepada Jemaah Tentang
Hukum-Hakam Yang Berkaitan Dengannya, " Kata Beliau.