widget

Thursday, 15 November 2012

~ Salam Ma'al Hijrah 1434 ~







Manusia Lahir Bersama Tangisan , Dicelahi Kehidupannya Oleh Tangisan Dan Akan Dihantar Ke Pusara Oleh Tangisan Jua. Optimislah Dengan Kehidupan , Jadikan Setiap Titik Noda Sebagai Pengajaran Dan Enzim Perubahan.

Hijrah Bukan Sekadar Di Tahun Baru , Berhijrahlah Setiap Saat Kepada Yang Lebih Baik Dan Yang Terbaik.

Daripada Ibn ‘Abbas R.a , Katanya : Sabda Rasulullah S.a.w : “ Tiada Hijrah Selepas Pembukaan Kota Mekah , Sebaliknya Jihad Dan Niat. Apabila Kamu Diminta Keluar Berjihad Maka Keluarlah ”.
( Riwayat Al - Bukhari 1986 M : 3 / 1025 )

Kata Al - Munawi Dalam Mengulas Hadith Ini : “ Tiada Hijrah Wajib Daripada Mekah Ke Madinah Selepas Pembukaan Mekah , Seperti Kewajipan Sebelumnya. Ini Kerana Mekah Telah Menjadi 
Dar Al - Islam … Maka Maksud Tiada Hijrah Selepas Pembukaan Mekah Ialah Untuk Orang Mekah Yang Belum Berhijrah Sebelum Itu. Adapun Hijrah Daripada Negeri Kufur Ia Kekal Sehingga Kiamat ”.
( Al - Munawi 1357 H  :  6 / 438 )

Salam Ma'al Hijrah 1434

~ Perkongsian Dari We Unite For Islam ( WUFI ) , International Islamic University Malaysia { IIUM } ~

No comments:

Post a Comment