“Nak Buat Macam Mana Ni…? Saya Buat Sehabis
Baik Dah…”
“Alaa, Kita Kan Dah Usaha… Kenapa Jadi Gitu
Pulak…”
Ya, Setelah Berusaha Dan Bertawakal, Maka
Terimalah Ketentuan Yang Sedang Berlaku.
Urusan Manusia Adalah Usaha. Usaha Itu
Sunnatullah.
Takdir Pula
Adalah Urusan Allah. Menjadi Penentu Terakhir. Kedua-Duanya Sama Penting
Dan Sama Perlunya Di Dalam Kehidupan.Manusia Perlu Berusaha, Dan Takdir Allah Yang
Akan Menentukan Kata Akhirnya.
Imam Ghazali Dalam Ungkapannya Pernah
Mengatakan, “Usaha Tanpa Tawakkal Adalah Kesombongan. Tawakkal Tanpa Usaha
Adalah Sia-Sia”. Tugas Manusia Adalah Berusaha Dan Berusaha Sebelum
Menyerahkannya Kepada Allah. Usaha Itu Pula Hendaklah Mematuhi Peraturan
Sunnatullah Yang Allah Telah Tetapkan, Iaitu Hendaklah Seiring Jalan Syariah
Yang Dibernarkan Di Dalam Islam.
Dapabila Disebutkan Bahawa,Allah Hanya
Melihat Usaha Dan Tidak Kepada Hasilnya, Maka Perlu Kita Tekankan Bahawa Usaha
Itu Juga Perlulah Berkualiti Dan Secukupnya Dari Segi Kuantiti.
Janganlah Sekadar Bergantung Kepada “Aku
Dah Usaha”, Sebaliknya Perlu Mencari Di Mana Silapnya Semasa Kita Berusaha,Dan
Seterusnya Mengambil Langkah Memperbaikinya.
Menyalahkan Takdir Semata-Mata,Mahupun
Redha Membuta,Bukanlah Jalannya.
Analoginya Jika Kita Membuat Kek, Lalu
Setelah Dibakar Di Dalam Ketuhar, Kita Tidak Mendapat Hasil Yang Sepatutnya. Apakah
Yang Kita Akan Lakukan?
1. Mencari Dan Menggunakan Resepi Kek Yang
Lain?
2. Mengubah Suai Resepi Sedia Ada?
3. Menggunakan Resepi Sama Buat Kali Yang
Seterusnya?
4. Atau Mengalah Dan Berhenti Berusaha
Lantas Membiarkannya Begitu Sahaja?
Pilihan Pertama Dan Kedua Merupakan Tanda
Keterbukaan Kita Dalam Pendekatan. Menunjukkan Bahawa Kita Tidak Terikat Kepada
Apa-Apa Selain Matlamat Yang Jelas Contoh : Membuat Kek.
Pilihan Ketiga Menggambarkan Kita Yang
Mengharapkan Hasil Yang Berbeza, Dengan Sekadar Melakukan Usaha Yang Sama. Ia Mungkin
Dibenarkan Untuk Sesetengah Perkara, Namun Tidak Untuk Kebanyakan Yang Lain.
Pilihan Keempat Pula Menunjukkan
Seolah-Olah Kita Lebih Suka Menyalahkan Takdir Daripada Mengkaji Usaha Diri. Selain
Tidak Menggunakan Kegagalan Sebagai Bahan Muhasabah. Lebih Suka Menyerah Kalah
Sebelum Berjuang Habis-Habisan.
Untuk Mendapat Hasil Yang Lain, Sama Ada
Hasil Yang Lebih Baik Atau Sebagainya, Maka Mulakanlah Dengan Mencarinya
Melalui Jalan Yang Berbeza.
Kesimpulannya, Perlulah Kita Sentiasa
Mengekalkan Prinsip Kita Walau Dalam Keadaan Ingin Memperbaiki Usaha. Kadang-Kadang
Kita Tidak Perlu Membuat Apa-Apa Perubahan Terhadap Usaha Kita, Walaupun Kita
Mahukan Hasil Yang Berbeza. Cuma Perlu Yakin Terhadap Prinsip Yang Tersedia. Jangan
Berubah!
Dan Perlu Akur Terhadap Kaedah Umum,
Bahawa Kita Hanya Mampu Merancang, Namun Jangan Kita Lupa Allah Juga Maha
Perancang Dan Maha Penentu Segalanya.
Kita Mentadbir, Sedang Allah Pentadbir Yang
Terbaik Dan Pentaqdir Atas Apa Yang Kita Tadbir.
No comments:
Post a Comment