widget

Thursday, 10 October 2013

Kemas Kini

Laman Blog Ini Sedang Dikemas Kini .. Sebarang Komen & Cadangan Yang Memanfaatkan Amatlah Dialu - Alukan :)

Thursday, 12 September 2013

Mulakan Harimu Dengan Al Quran



       Jika Ada Bertanya, Apa Nilai Al Quran Yang Ada Di Sisi Kita Sekarang ? Pasti Mulut Kita Tidak Akan Berhenti Berbicara Tentangnya ; Fadilat Dan Mukjizatnya. Malangnya, Jika Bertanya Berapa Halaman Al Quran Yang Kita Tadabbur Atau Hafaz Hari Ini ? Pasti Ramai Yang Menggelengkan Kepala Sambil Tersipu Malu.

Inilah Penyakit Kita Hari Ini. Berbangga Dengan Banyak Perkara Tetapi Dalam Beramal, Malasnya Tidak Terkira. Perihal Beramal Ini, Imam Al Ghazali Dalam Kitabnya  Ayyuhal Walad Al Muhib Berpesan :

" Wahai Anakku, Kalaulah Seorang Lelaki Yang Berani Dan Handal Dalam Peperangan Berada Di Dataran Sahara Bersama Sepuluh Bilah Pedang Yang Hebat Dan Senjata Yang Lainnya, Tiba - Tiba Dia Diterkam Seekor Singa Yang Besar Lagi Garang. Maka Apa Andaian Kamu ? Adakah Senjata - Senjatanya Dapat Menahan Serangan Itu Tanpa Menggunakannya ? Tentulah Tidak Kecuali Dengan Mengayun Dan Menetakkannya. "

Ada Pula Sesetengah Orang Tidak Menghafaz Dengan Alasan, Jika Terlupa Akan Bertambah Dosa Sebagaimana Hadith Nabi : " Dibentangkan Kepadaku Dosa - Dosa Umatku Dan Tidak Aku Nampak Dosa Yang Lebih Besar Daripada Satu Surah Dari Al Quran Atau Satu Ayat Yang Diberikan Kepada Seorang Lelaki Kemudian Ia Meupakannya "

{ Hadith Riwayat At Tirmizi }

Thursday, 29 August 2013

Doa - Doa Untuk Memusnahkan Sel Kanser

Assalamualaikum ... Di Sini Penulis Ada Sesuatu Buat Anda Semua. Untuk Tajuk Ini, Penulis Dapat Daripada Seorang Sahabat Penulis Yang Mana Sumbernya Adalah Sahih.


Lapan Surah Ini Diamalkan Dan Dibaca Untuk Memusnahkan Sel-Sel Barah Kanser. Jika Pesakit Dapat Membacanya Lagi Baik. Jika Tak Terdaya Atau Kurang Baik Bacaannya Maka Boleh Minta Suami, Ayah, Ibu Atau Orang Lain Membaca Untuknya.

Seelok-Eloknya Sebelum Memulakan Bacaan Surah Dibawah :

1 - Istighfar 10x. 
2 - Salawat Nabi 10x. 
3 - Al-Fatihah 1x.

Sediakan Sebotol Secukupnya Air Yang Bersih Lagi Suci Dan Setiap Kali Habis Surah Dibaca, Ditiupkan Kepada Air. Pesakit Dinasihat Minum Air Bacaan Tiap-Tiap Hari Dan Sapu/Mandi Pada Anggota Yang Kena Barah Kanser. Insyaallah Kerana Sakit Dan Sembuh Semua Kekuasaannya.

1 - Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2 - Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3 - Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4 - Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5 - Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6 - Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7 - Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8 - Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada Sahabat Sekalin, Tolong Sebarkan Kepada Ahli Keluarga Dan Saudara Yang Sedang Mengidap Penyakit Kanser. Semoga Dengan Menolong Mereka Yang Sakit, Akan Juga Mendapat Pahala Dari Bacaannya Serta Pahala Kerana Menolong Sesama Hamba Yang Benar-Benar Memerlukan Pertolongan Dan Penyembuhan Dari-Nya. 

Sunday, 11 August 2013

Perutusan Syawal 1434 H



Assalamualaikum & Salam Sejahtera ....

Bersempena Dengan Hari Raya Aidilfitri Ini, Dapat Juga Penulis Kemas Kini Blog, Hehehe.

Alright, Penulis Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua Yang Mengenali Diri Penulis Ini. Ampun Maaf Dipinta Jika Ada Salah Silap Atau Terkasar Bahasa.

Alhamdulillah, Seronok Dapat Menziarahi Saudara Mara Yang Sudah Lama Tak Jumpa. Moga Ikatan Persaudaraan Yang Terjalin Ini Diberkati Yang Maha Esa Dan Moga Ianya Berkekalan.


Suasana Di Pagi 1 Syawal Yang Lalu :


My Love : Muhammad Aqil Nur Uwais & Muhammad Akmal Mushaddiq


My Family



SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1434 H


Sunday, 30 June 2013

Takdir Di Hujung Usaha

baby


“Nak Buat Macam Mana Ni…? Saya Buat Sehabis Baik Dah…”
“Alaa, Kita Kan Dah Usaha… Kenapa Jadi Gitu Pulak…”
Ya, Setelah Berusaha Dan Bertawakal, Maka Terimalah Ketentuan Yang Sedang Berlaku.
Urusan Manusia Adalah Usaha. Usaha Itu Sunnatullah.
Takdir Pula Adalah Urusan Allah. Menjadi Penentu Terakhir. Kedua-Duanya Sama Penting Dan Sama Perlunya Di Dalam Kehidupan.Manusia Perlu Berusaha, Dan Takdir Allah Yang Akan Menentukan Kata Akhirnya.
Imam Ghazali Dalam Ungkapannya Pernah Mengatakan, “Usaha Tanpa Tawakkal Adalah Kesombongan. Tawakkal Tanpa Usaha Adalah Sia-Sia”.  Tugas Manusia Adalah Berusaha Dan Berusaha Sebelum Menyerahkannya Kepada Allah. Usaha Itu Pula Hendaklah Mematuhi Peraturan Sunnatullah Yang Allah Telah Tetapkan, Iaitu Hendaklah Seiring Jalan Syariah Yang Dibernarkan Di Dalam Islam.
Dapabila Disebutkan Bahawa,Allah Hanya Melihat Usaha Dan Tidak Kepada Hasilnya, Maka Perlu Kita Tekankan Bahawa Usaha Itu Juga Perlulah Berkualiti Dan Secukupnya Dari Segi Kuantiti.
Janganlah Sekadar Bergantung Kepada “Aku Dah Usaha”, Sebaliknya Perlu Mencari Di Mana Silapnya Semasa Kita Berusaha,Dan Seterusnya Mengambil Langkah Memperbaikinya.
Menyalahkan Takdir Semata-Mata,Mahupun Redha Membuta,Bukanlah Jalannya.
Analoginya Jika Kita Membuat Kek, Lalu Setelah Dibakar Di Dalam Ketuhar, Kita Tidak Mendapat Hasil Yang Sepatutnya. Apakah Yang Kita Akan Lakukan?
1. Mencari Dan Menggunakan Resepi Kek Yang Lain?
2. Mengubah Suai Resepi Sedia Ada?
3. Menggunakan Resepi Sama Buat Kali Yang Seterusnya?
4. Atau Mengalah Dan Berhenti Berusaha Lantas Membiarkannya Begitu Sahaja?

Pilihan Pertama Dan Kedua Merupakan Tanda Keterbukaan Kita Dalam Pendekatan. Menunjukkan Bahawa Kita Tidak Terikat Kepada Apa-Apa Selain Matlamat Yang Jelas   Contoh : Membuat Kek.
Pilihan Ketiga Menggambarkan Kita Yang Mengharapkan Hasil Yang Berbeza, Dengan Sekadar Melakukan Usaha Yang Sama. Ia Mungkin Dibenarkan Untuk Sesetengah Perkara, Namun Tidak Untuk Kebanyakan Yang Lain.
Pilihan Keempat Pula Menunjukkan Seolah-Olah Kita Lebih Suka Menyalahkan Takdir Daripada Mengkaji Usaha Diri. Selain Tidak Menggunakan Kegagalan Sebagai Bahan Muhasabah. Lebih Suka Menyerah Kalah Sebelum Berjuang Habis-Habisan.
Untuk Mendapat Hasil Yang Lain, Sama Ada Hasil Yang Lebih Baik Atau Sebagainya, Maka Mulakanlah Dengan Mencarinya Melalui Jalan Yang Berbeza.
Kesimpulannya, Perlulah Kita Sentiasa Mengekalkan Prinsip Kita Walau Dalam Keadaan Ingin Memperbaiki Usaha. Kadang-Kadang Kita Tidak Perlu Membuat Apa-Apa Perubahan Terhadap Usaha Kita, Walaupun Kita Mahukan Hasil Yang Berbeza. Cuma Perlu Yakin Terhadap Prinsip Yang Tersedia. Jangan Berubah!
Dan  Perlu Akur Terhadap Kaedah Umum, Bahawa Kita Hanya Mampu Merancang, Namun Jangan Kita Lupa Allah Juga Maha Perancang Dan Maha Penentu Segalanya.
Kita Mentadbir, Sedang Allah Pentadbir Yang Terbaik Dan Pentaqdir Atas Apa Yang Kita Tadbir.


Saturday, 29 June 2013

Sukarnya Memahami Al Quran ...

              Segelintir Manusia Tidak Dapat Dapat Memahami Al Quran Dengan Baik Kerana Terdapatnya Halangan Tertentu Daripada Pengaruh Hawa Nafsu Dan Syaitan Terhadap Hati. Mereka Tidak Dapat Menyaksikan Keagungan Al Quran Dan Tidak Dapat Meneliti Keajaiban, Kemukjizatan, Dan Rahsia Di Sebalik Al Quran. Penyebab Utamanya Adalah Hati Yang Kotor Dan Gelap Akibat Mengutamakan Keduniaan Dan Nafsu Yang Diperturutkan. Inilah Penyebab Utama Kepada Timbulnya Karat Dan Noda Yang Akan Menyuramkan Dan Akhirnya Menggelapkan Hati Sehingga Menghalanh Hagti Tersebut Untuk Memahami Makna Al Quran. Hakikatnya, Semakin Berkurangan Pengaruh Dunia Dan Nafsu Kepada Hati Manusia, Maka Akan Semakin Bersinar Hati Mereka Dan Semakin Mudahlah Untuk Memahami Setiap Rahsia Al Quran.

              Justeru Itu Hanya Dengan Taubat Mampu Menyinarkan Kembali Hati Yang Telah Kotor Dan Gelap Ini Agar Satu Pemahaman Dan Penghayatan Terhadap Makna - Makna Al Quran Dapat Dicapai Dengan Jayanya. Sebagaimana Firman Allah S.w.t Yang Menjelaskan Tentang Orang - Orang Yang Mengutamakan Dunia Dan Nafsu Berbanding Akhirat Adalah Orang Yang Tidak Berakal Kerana Mereka Tidak Dapat Mengungkap Rahsia Al Quran Disebabkan Hati Yang Kotor. 

Firman Allah S.w.t :

Katakanlah : " Adakah Sama Orang - Orang Yang Mengetahui Dengan Orang - Orang Yang Tidak Mengetahui ? Sesungguhnya Orang Yang Dapat Mengambil Pelajaran Dan Peringatan Hanyalah Orang - Orang Yang Berakal Sempurna " 

Surah Az Zumar, Ayat 9.




Friday, 28 June 2013

بارك الله فيكم يا أخي و أختي

Majlis Resepsi Abang .. Abang Aku Yang Kahwin Bukannya Aku .. Huhuhu { 2 Jun 2013 }










Friday, 1 March 2013

Solat Jumaat : Isu dan Perbahasan




SELAIN Solat Lima Waktu Yang Dituntut Ditunaikan Pada Setiap Hari, Terdapat Satu Lagi Kewajipan Terhadap Kaum Adam Iaitu Solat Jumaat. Ibadah Berkenaan Dilihat Bukan Sekadar Kewajipan Tetapi Ia Mempunyai Objektif Mendalam Sekiranya Setiap Umat Islam Menghayati Hikmah Tuntutan Solat Tersebut.

Dimulakan Dengan Laungan Azan Zuhur, Kemudian Diikuti Oleh Dua Khutbah Dan Diakhiri Dengan Solat Dua Rakaat Secara Berjemaah Sebenarnya Memperlihatkan Konsep Kesatuan Umat Islam Yang Dimana Kaum Lelaki Berkumpul Seminggu Sekali Untuk Mendengar Mesej Khutbah Disampaikan Oleh Khatib.

Mengenai Khutbah, Sejak Amalan Itu Diperkenalkan Ketika Pertama Kali Solat Jumaat Ditunaikan Di Madinah, Ia Telah Banyak Memberi Manfaat Kepada Umat Islam. Bukan Sahaja Kandungannya Penuh Dengan Peringatan, Tetapi Sarat Dengan Motivasi Dan Nasihat Kepada Umat Islam Dalam Misi Memajukan Ummah.

Bahkan Khutbah Disampaikan Oleh Rasulullah SAW Dikatakan Melahirkan Rasa Keyakinan Terhadap Kekuasaan Allah SWT Yang Tidak Terbatas Sehingga Melahirkan Kecintaan Terhadap Ilahi Serta Mengajak Untuk Mengaitkan Segala Amal Duniawi Dengan Tidak Melupakan Soal Akhirat.

Selain Khutbah Dan Solat, Amalan Lain Seperti Solat Sunat, Membaca Al-Quran, Berzikir Dan Sebagainya Juga Merupakan Tindakan Menambah Kesempurnaan Hari Jumaat Yang Antara Lain Bermaksud Perjumpaan Minggu, Sekali Gus Menjadikan Hamba Allah Yang Beriman.

Demikian Indahnya Agama Islam Dalam Untuk Mengajak Umat Bagi Memperingati Ketakwaan Kepada Allah Di Samping Memperkukuhkan Ukhuwah Persaudaraan Sesama Islam.



Situasi

Walaupun Ibadah Jumaat Membawa Pelbagai Mesej Kepada Umat Islam Tetapi Mengapa Saban Hari Kualiti Ibadat Tersebut Dalam Kalangan Umat Hari Ini Islam Semakin Merosot. Lihat Sahaja Gelagat Para Jemaah Yang Hadir, Terdapat Daripada Mereka Didapati Mengambil Kesempatan Untuk Melepaskan Kepenatan Berkerja Dengan Tidur Ketika Khatib Membaca Khutbah.

Berdasarkan Tinjauan Di Salah Sebuah Masjid Di Ibu Negara Baru-Baru Ini, Kesempatan Waktu Lapang Itu Telah Menyebabkan Para Jemaah Mencari Ceruk-Ceruk, Tiang-Tiang Konon Katanya Untuk Bersandar Selain Menjadi Kawasan Melepak Dan Bersembang.

Selain Itu, Terdapat Juga Beberapa Jemaah Sempat Baring Untuk Tidur Sebelum Tiba Azan Zuhur. Walaupun Ia Tidak Salah Daripada Segi Hukum, Tetapi Menyimpang Daripada Objektif Kewujudan Masjid Iaitu Tempat Untuk Menambah Ketakwaan Kepada Allah.

Gelagat-Gelagat Berkenaan Tidak Sahaja Berlaku Di Ruang Belakang Masjid, Tetapi Juga Di Dalam Dewan Utama Masjid. Tterdapat Beberapa Jemaah Didapati Tidur, Sebahagiannya Bermain Telefon Bimbit Dan Selebihnya Pula Menumpukan Kepada Ibadah. Keadaan Itu Berterusan Sehinggalah Laungnya Iqamat Untuk Menunaikan Solat Jumaat.

Alangkah Ruginya Pada Ketika Itu Apabila Khatib Membaca Khutbah Berkisar Isu Kalimah Allah Yang Sedang Hangat Diperkatakan Telah Diabaikan.

Lain Pula Situasi Di Luar Masjid, Para Perniaga Pula Sibuk Melayan Pelanggan Dengan Pelbagai Jenis Jualan.

Hal Demikian Sedikit Sebanyak Memperlihatkan Bahawa Keberkatan Hari Jumaat Bukan Sahaja Direbut Dengan Amalan Ibadah, Tetapi Termasuk Juga Habuan Rezeki.

Namun Malangnya Terdapat Beberapa Peniaga Termasuk Para Jemaah Sendiri Tanpa Segan Silu Meneruskan Jual Beli Walaupun Azan Zuhur Telah Berkumandang. Tindakan Itu Bertentangan Dengan Arahan Allah. (Rujuk Al-Jumaah: 9)

Berdasarkan Situasi Diberikan, Adakah Sempurna Jumaat Jika Hari Penuh Keberkatan Itu Dibiarkan Dengan Perkara-Perkata Tidak Berfaedah.

Daripada Abu Hurairah Berkata Bahawa Rasulullah SAW Bersabda, "Sebaik-Baik Hari Yang Terbit Matahari Ialah Jumaat, Pada Hari Itulah, Adam Diciptakan Dan Pada Hari Itulah Juga Dia Dikeluarkan Dari Syurga."

Demikian Antara Hadis Yang Menceritakan Kemuliaan Jumaat Sehingga Baginda Menamakan Hari Keberkatan Tersebut Sebagai Sayidul Ayyam (Penghulu Segala Hari). Bahkan Bukan Setakat Gelaran Penghulu Segala Hari Diberikan, Tetapi Baginda Memberitahu Bahawa Hari Jumaat Terkandung Banyak Fadilat.

Salah Satu Kelebihan Adalah Berdasarkan Sebuah Hadis Riwayat Oleh Abi Said Al-Khudri Bermaksud: "Sesiapa Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat, Allah Menerangi Hidupnya Antara Dua Jumaat."

Berbalik Berhubung Isu Para Jemaah Mengabaikan Kelebihan Hari Jumaat Dengan Tidur Ketika Khatib Membaca Khutbah, Bersembang Bersama Rakan-Rakan Dan Sebagainya, Adakah Jumaat Diterima Mahupun Sempurna?

Sehubungan Itu Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim Menjelaskan Bahawa Antara Keunggulan Ajaran Islam Ialah Tuntutan Solat Jumaat Yang Wajib Dilaksanakan Secara Berjemaah Dan Didahulu Oleh Dua Khutbah.



Tambah Beliau, Peluang Ibadah Seminggu Sekali Sepatutnya Direbut Dan Diambil Peluang Oleh Umat Islam Untuk Mengukuhkan Ukhuwah Selain Mendengar Pesanan Dan Peringatkan Menerusi Khutbah Disampaikan. Beliau Menekankan Bahawa Falsafah Tersebut Penting Untuk Difahami Oleh Umat Islam Agar Lebih Bersedia Untuk Menghadiri Ibadah Mingguan Berkenaan.

Memberi Kesedaran

Oleh Demikian, Menurut Zamri, Pemahaman Itu Sebenarnya Memberi Kesedaran Untuk Mengambil Peluang Mengukuh Rasa Persaudaraan Sesama Islam Dan Menambah Semangat Untuk Memenuhi Kekosongan Iman Dan Amalan Dengan Mendengar Khutbah Yang Disampaikan.

            “ Sengaja Merancang Untuk Tidur Semasa Khutbah Disampaikan Akan Menghilangkan Maksud Ibadah Solat Jumaat Sendiri Bahkan Sepatutnya Persediaan Diri Dilakukan Lebih Awal Agar Mengantuk Tidak Bertandang Sewaktu Khutbah Disampaikan.

" Sepatutnya Khutbah Jumaat Yang Disampaikan Seminggu Sekali Itu Adalah Saat Yang Ditunggu-Tunggu Dan Bukan Dibiarkan Begitu Sahaja," Katanya.

Jelas Zamri, Walaupun Daripada Sudut Hukum Apabila Seseorang Jemaah Sempat Rukuk Bersama Imam Ketika Rakaat Terakhir Dalam Solat Jumaat, Maka Ibadatnya Itu Adalah Sah, Namun Hikmah Di Sebalik Pensyariatan Solat Jumaat Itu Tidak Mencapai Matlamatnya, Malah Ia Sebagai Satu Kerugian Besar.

Dalam Pada Itu, Beliau Yang Juga Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Memberitahu, Jumhur Ulama Mengatakan Haram Jika Melakukan Urusan Jual Beli Ketika Azan Kedua Berkumandang Iaitu Ketika Imam Sudah Naik Dan Duduk Di Atas Mimbar. Menurut Zamri, Hujah Itu Berpandukan Ayat Sembilan Surah Al-Jumuah, Bersegera Kepada Mengingati Allah Dan Tinggalkan Jualbeli.

Kata Beliau Lagi, Objektif Suruhan Itu Adalah Untuk Mengelakkan Wujudnya Suasana Tidak Memberikan Penumpuan Terhadap Khutbah Disampaikan. Malah Jual Beli Berkenaan Dikhuatiri Akan Melekakan Para Peniaga Dan Pembeli Daripada Mendengar Dan Memahami Isi Kandungan Khutbah.

" Untuk Tidak Membiarkan Masalah Ini Berlarutan, Antara Cadangan Yang Boleh Dipertimbangkan Ialah Melakukan Perbincangan Antara Para Peniaga, Pihak Pentadbiran Masjid Dan Tokoh Ulama. Lakukan Perbincangan Dengan Penuh Rasa Kasih Sayang Dengan Memberi Fokus Kepada Penerangan Dan Perbincangan Hukum Berjual Beli Ketika Khutbah Disampaikan.

" Pemahaman Keuntungan Dalam Perniagaan Dan Kaitannya Dengan Keberkatan Hidup. Bahkan Perlu Diberi Penerangan Juga Kepada Jemaah Tentang Hukum-Hakam Yang Berkaitan Dengannya, " Kata Beliau.

Wednesday, 6 February 2013

Kontroversi Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Dalam Perkara probet Dan Pentadbiran


Kes Jumaaton Dan Satu Lagi V Raja Hizarudin Amat Popular Dan Pernah Mencetuskan Kontroversi Dalam Hal Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Selain Dari Kes-Kes Yang Melibatkan Pertukaran Agama Seperti Kes Nyonya Tahir,Moorty Dan Sebagainya. Kes Ini Mengupas Bidangkuasa Mahkamah Syariah Dalam Pentadbiran Harta Amanah Orang Islam. Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Dalam Perkara Pembahagian Dan Perwarisan Harta Berwasiat Atau Tak Berwasiat Tidak Termasuk Dalam Soal Pentadbiran Dan Penyelesaian Harta Pusaka Orang-Orang Islam Khususnya Apabila Membabitkan Perkara Probet Dan Surat Mentadbir Pusaka. Kesemua Ini Berlaku Atas Halangan Dan Sekatan Yang Terdapat Sendiri Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Dimana Pindaan Perkara 121(1A) Ternyata Tidak Dapat Mengatasi Permasalahan Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Sepenuhnya. Senario Ini Akan Berkekalan Selagimana Pindaan Tidak Dibuat Kepada Beberapa Perkara Yang Menjadi Halangan Untuk Mahkamah Syariah Melaksanakan Tanggungjawab Seperti Yang Disenaraikan Dibawah Senarai 2, Senarai Negeri, Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan Pindaan Ini Mempunyai Kesan Yang Sama Dengan Peruntukan Yang Ada Dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Dengan Kata Lain, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan Dan Akta Probet Menunjukkan Kuasa Probet Berada Pada Mahkamah Sivil, Sementara Pindaan 121(1A) Boleh Ditafsirkan Telah Mengubah Kedudukan Kuasa Mahkamah Tinggi Dalam Pentadbiran Probet Dan Kedua-Dua Peruntukan Itu Dari Sudut Kesannya Adalah Sama.

Didalam Kes Jumaaton, Hakim Mahkamah Tinggi Wilayah Persekutuan Selepas Mendengar Permohonan Itu Telah Memutuskan Bahawa Mahkamah Tinggi Syariah Tidak Ada Bidangkuasa Mengikut S46(B) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)1993 Dan Tuntutan Ditolak. Pemohon Telah Merayu Di Mahkamah Rayuan Namun Rayuannya Juga Ditolak Kerana Mahkamah Syariah Tidak Mempunyai Kuasa Dalam Perkara Probet Dan Surat Mentadbir Harta.

Apa Yang Menjadi Konflik Ialah Didalam Senarai 2 Jadual Ke- 9 Telah Menyebut Bahawa Mahkamah Syariah Mempunyai Bidangkuasa Berhubungan Dengan“Hukum Syarak Berhubung Dengan Mewaris Harta Berwasiat Dan Harta Tak Berwasiat” Dan “Pembahagian Harta”, Apabila Rujukan Dibuat Kepada Senarai 2 Jadual 9, Perkara Ini Tidak Termasuk Probet Dan Surat Mentadbir Pusaka Dimana Perkara (E) Perenggan (I) Menyebut Parlimen Boleh Membuat Undang2 Antara Lain Mengenai “Pewarisan Harta Berwasiat Dan Harta Tak Berwasiat, Probet Dan Surat Mentadbir Pusaka Dan Didalam Perenggan (Ii) Perkara (A) Senarai Ini Juga Menyebut Perkara Yang Tersebut Dalam Perenggan (1) Tidak Termasuk Undang-Undang Diri Orang-Orang Islam Berhubung Dengan “ Pemberian Atau Pewarisan Harta Berwasiat Dan Tidak Berwasiat”. Ini Bermakna Undang-Undang Mengenai Probet Dan Surat Mentadbir Harta Dimasukkan Dalam Senarai Persekutuan Dan Bukan Senarai Negeri.Oleh Itu, Badan Perundangan Negeri Dan Mahkamah Syariah Tidak Mempunyai Dalam Perkara Probet Dan Surat Mentadbir Harta.

Walaupun Semua Pihak Dalam Kes Ini Beragama Islam Namun Demikian Kuasa Untuk Mentadbir Harta Pusaka Telah Dibuat Di Mahkamah Tinggi Sivil. Ini Disebabkan Oleh Kerana Perkara Probet Dan Surat Mentadbir Pusaka Diletakkan Dibawah Senarai Kuasa Perundangan Persekutuan Dan Tidak Dikecualikan Bagi Orang Islam, Oleh Kerana Itu Undang-Undang Mengenai Probet Dan Pentadbiran Pusaka Terdapat Dalam Akta Probet Dan Pentadbuiran 1959. Di Bawah Akta Ini Amanah Raya Berhad Telah Dilantik Menjalankan Semua Kuasa Mengenai Harta Pusaka Termasuk Membawa Apa-Apa Tindakan Yang Boleh Dibuat Oleh Si Mati Jika Ia Masih Hidup. Dalam Perkara Ini Telah Diputuskan Dalam Beberapa Kes Di Malaysia Bahawa Apabila Pentadbiran Sesuatu Harta Pusaka Oleh Pentadbir Yang Dilantik Oleh Mahkamah Belum Selesai, Waris Harta Pusaka Itu Tidak Mempunyai Apa-Apa Hak Dalam Harta Pusaka Itu. Di Dalam Kes Lee Ah Thaw & Anor V Lee Chun Tek,[1] Mahkamah Memutuskan Bahawa “Harta Pewasiat Terletak Hak Pada Wasi Waktu Pentadbiran Harta Pusakanya Dan Tiada Sesiapa Lain Mempunyai Apa-Apa Kepentingan Dalam Harta Itu”.

Apa Yang Jelas Ialah Terdapat Dua Peruntukan Yang Berbeza Dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan Berhubung Dengan Undang-Undang Pusaka Orang-Orang Islam Dan Pentadbiran Pusaka Bagi Orang-Orang Islam, Di Mana Yang Pertama Diletakkan Dalam Senarai 2 (1) Iaitu Senarai Negeri Dan Yang Kedua Pula Diletakkan Dibawah Senarai 1(4)(E)(I) Iaitu Senarai Persekutuan. Kedudukan Yang Lebih Jelas Dapat Diperhatikan Dalam Kedua-Dua Senarai Tersebut Diatas.

Senarai 2 (1), Jadual 9 Memperuntukkan:

“ Kecuali Mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan Dan Putrajaya, Hukum Syarak Dan Undang-Undang Diri Dan Keluarga Bagi Orang Yang Menganut Agama Islam, Termasuk Hukum Syarak Berhubung Dengan Mewarisi Harta Berwasiat Dan Tak Berwasiat, Pertunangan, Perkahwinan…..”[2]

Manakala Senarai 1(4)(E) Pula Memperuntukkan:

“ Undang-Undang Dan Acara Sivil Dan Jenayah Termasuk…. Pewarisan Harta Berwasiat Dan Tidak Berwasiat, Probet Dan Surat Mentadbir Pusaka…”[3]

Berdasarkan Kedua-Dua Senarai Diatas Dapat Disimpulkan Bahawa Undang-Undang Pusaka Orang Islam Terletak Dibawah Bidangkuasa Negeri-Negeri Manakala Pentadbiran Keadilan Termasuk Pentadbiran Pusaka Bagi Orang Islam Adalah Terletak Dibawah Bidangkuasa Kerajaan Persekutuan. Peruntukan Didalam Senarai 2 Telah Dihadkan Oleh Perkataan "Probet Dan Pentadbiran Yang Terdapat Dalam Senarai 1". Maka Kesannya Orang Islam Perlu Berhubung Dengan Dua Buah Mahkamah Untuk Membahagikan Harta Pusaka, Pertama Melalui Mahkamah Syariah Untuk Menentukan Status Waris Dan Kadar Pewarisan, Kedua Melalui Mahkamah Sivil Untuk Urusan Pentadbiran.[4]


Undang-Undang Harta Pusaka Islam Adalah Tertakluk Kepada Batas-Batas Yang Digariskan Oleh Undang-Undang Persekutuan. Berpandukan Peruntukan Undang-Undang Persekutuan Tertentu Seperti Akta Probet Dan Pentadbiran 1959 Dan Akta Kehakiman 1964 Menunujukkan Bahawa Undang-Undang Tersebut Telah Memberikan Lebih Kuasa Kepada Mahkamah Sivil Berbanding Dengan Mahkamah Syariah Untuk Memutuskan Hal-Hal Yang Berkaitan Dengan Probet Dan Pentadbiran Harta Pusaka Orang Islam Di Malaysia.[5]

Undang-Undang Harta Pentadbiran Yang Terpakai Keatas Orang Islam Adalah Akta Probet Dan Pentadbiran 1959 Dan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian ) 1955. Akta Ini Akan Digunapakai Dalam Perkara-Perkara Yang Melibatkan Peninggalan Harta Berwasiat Dan Tak Berwasiat Dan Dalam Urusan Pentadbiran Dan Pembahagian Harta Pusaka Si Mati Termasuk Harta Alih Dan Tak Alih.[6] Natijahnya, Kuasa Yang Terhad Telah Diberikan Kepada Mahkamah Syariah Hanyalah Untuk Menentukan Bahagian Yang Patut Diterima Oleh Setiap Ahli Keluarga Yang Berhak Mengikut Hukum Syarak.[7]


PRINSIP AM PROBET DAN PENTADBIRAN

Seseorang Yang Meninggal Dunia Dengan Meninggalkan Wasiat Dikira Sebagai Mati Berwasiat, Manakala Seorang Yang Yang Tidak Meninggalkan Wasiat Dikira Mati Tidak Berwasiat. Apabila Seseorang Itu Meninggal Dunia, Adalah Penting Warisnya Memastikan Samaada Simati Meninggalkan Wasiat Atau Tidak. Jika Si Mati Meninggalkan Wasiat, Seluruh Asetnya Akan Diletak Hak Dibawah Wasinya. Pada Kebiasaannya, Pewasiat Akan Melantik Seorang Wasi Itu Pemegang Amanah Untuk Mengurus Dan Membahagi Asetnya, Atau Untuk Menguruskan Segala Urusan Selepas Kematian. Undang –Undang Islam Menetapkan Had Dalam Pembahagian Harta Si Mati Menerusi Wasiat Iaitu Sebanyak 1/3 Sahaja Yang Boleh Dibahagikan Mengikut Kehendak Simati. Bahagian Selebihnya Sebanyak 2/3 Hendaklah Dibahagi Mengikut Undang-Undang Faraid.

Apabila Seseorang Itu Mati Tidak Berwasiat Seseorang Terutamanya Daripada Kalangan Ahli Keluarganya Akan Memohon Untuk Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir, Dan Pemohon Tersebut Mestilah Orang Yang Layak Mengikut Peraturan Prioriti.[8] Oleh Sebab Itu, Dalam Kes Kematian Tak Berwasiat, Isu Probet Tidak Timbul. Dalam Kes Ini, Si Mati Adalah Mati Tidak Berwasiat.[9]

TAFSIRAN PERKARA 121 (1A) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN[10]

Didalam Kes Mohamad Habibullah Bin Mahmood Lwn Faridah Bt Dato’ Talib[11] Jelas Menunjukkan Harus Ada Peruntukan Nyata Dalam Enakmen Negeri Sebelum Mahkamah Syariah Boleh Dianggap Mempunyai Bidangkuasa Dalam Sesuatu Perkara. Keputusan Yang Telah Diberikan Oleh Hakim Harun Hashim Berkenaan Dengan Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Boleh Dikatakan Agak Terhad Berbanding Dengan Keputusan Dalam Mad Hakim Lee Lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur Yang Mana Sekiranya Sekiranya Mahkamah Syariah Ingin Mempunyai Bidangkuasa Dalam Sesuatu Perkara, Adalah Tidak Memadai Bagi Badan Perundangan Negeri Sekadar Mempunyai Kuasa Untuk Menggubal Undang-Undang Tertentu Sahaja Tetapi Tidak Menggubalnya. Badan Perundangan Negeri Perlu Memperuntukkan Bidang Kuasa Tersebut Kepada Mahkamah Syariah Melalui Enakmen Negeri Dan Hanyalah Setelah Itu Mahkamah Syariah Boleh Dikatakan Mempunyai Bidang Kuasa Dalam Perkara Berkenaan. Ini Jelas Menunjukkan Bahawa Kaedah Kaedah Yang Digunakan Dalam Kes Mad Hakim Lee[12] Adalah Berlawanan Dengan Apa Yang Telah Diputuskan Oleh Mahkamah Agung Dalam Kes Mohamed Habibullah.


Sekiranya Kaedah Yang Digunakan Dalam Kes Mohamed Habibullah Itu Diterima Pakai, Adalah Dihujahkan Bahawa Mahkamah Syariah Masih Boleh Dikatakan Mempunyai Kuasa Mengikut Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 Dengan Jelasnya Memperuntukkan Kepada Mahkamah Tinggi Syariah Dengan Hal-Hal Yang Berkaitan Dengan Wasiat Atau Pemberian Semasa Marad Al Maut, Pembahagian Dan Pewarisan Harta Si Mati Sama Ada Berwasiat Atau Tidak Dan Penentuan Bahagian-Bahagian Pewarisan. Jadi Walaupun Tiada Peruntukan Nyata Tentang Isu Pentadbiran Dalam Enakmen Negeri, Mahkamah Syariah Masih Mempunyai Bidang Kuasa Untuk Menguruskan Probet Dan Pentadbiran Estet Si Mati Yang Beragama Islam Kerana Bidang Kuasa Berkenaan Undang-Undang Pewarisan Islam Tersebut Boleh Diperoleh Secara Tersirat Daripada Peruntukan Yang Ada. Kaedah Umum Pentafsiran Undang2 Memperuntukkan Bahawa Sekiranya Makna Sesuatu Statut Tidak Jelas, Pentafsiran Secara Tersirat Adalah Dibolehkan Dalam Sesetengah Kes. Dalam Kes Soon Singh,[13] Meskipun Tiada Peruntukan Yang Nyata Dalam Enakmen Negeri Tentang Bidang Kuasa Mahkamah Dalam Isu Keluar Daripada Agama Islam, Mahkamah Telah Menggunakan Prinsip Pentafsiran Secara Tersirat Ini Dengan Mengambil Kira Peruntukan Pertukaran Agama Daripada Agama Lain Kepada Islam.
Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan Sepatutnya Dapat Membuka Ruang Untuk Mengatasi Kesukaran Yang Selama Ini Dihadapai Oleh Mahkamah Syariah. Tidak Dinafikan Bahawa Pindaan Ini Telah Berjaya Mengatasi Sebahagian Besar Kesukaran Yang Selama Ini Telah Dikenal Pasri Seperti Elemen Mambawa Kes Samada Seseorang Itu Murtad Atau Tidak, Tuntutan Pengesahan Seorang Anak, Wakaf Dan Sebagainya Ke Mahkamah Awam Sudah Berakhir. Namun Demikian, Bagi Sesetengah Kes Seperti Probet, Ia Dikatakan Masih Berada Dalam Bidang Kuasa Mahkamah Awam. Alasan Yang Dikemukakan Ialah Perkara-Perkara “Probet Dan Pentadbiran Harta” Dimasukkan Dalam Senarai Persekutuan Dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan Dan Tidak Diberikan Kuasa Kepada Negeri. Oleh Sebab Itu, Ia Tidak Termasuk Dalam Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.[14]


Jika Prinsip Ini Diaplikasi, Meskipun Senarai Persekutuan Menyatakan Parlimen Mempunyai Bidang Kuasa Ekslusif Untuk Menggubal Undang-Undang Berkaitan “Pewarisan, Mati Berwasiat Atau Mati Tak Berwasiat, Probet Dan Pentadbiran”, Kuasa Ini Tidak Termasuk Dalam “Undang-Undang Persendirian Islam Yang Berkaitan Dengan Pewarisan, Mati Berwasiat Dan Mati Tidak Berwasiat” Seperti Yang Dinyatakan Dalam Senarai Yang Sama. Hal Ini Kerana Undang-Undang Pewarisan Islam Tidak Membezakan Antara Undang-Undang Pewarisan Islam Dengan “Probet Dan Pentadbiran” Apabila Bidang Kuasa Mahkamah Dibincangkan. Kesan Penafsiran Yang Sedemikian Akan Menyebabkan Butiran 1, Senarai 2 Akan Meliputi Keseluruhan Undang-Undang Pewarisan Islam, Mati Berwasiat Dan Mati Tidak Berwasiat, Yang Juga Akan Meliputi Probet Dan Pentadbiran..Dengan Ini Mahkamah Tinggi Syariah Seharusnya Mempunyai Bidangkuasa Dalam Hal Tersebut, Bukannya Mahkamah Tinggi Sivil. [15]

Harta Peninggalan Si Mati Hendaklah Diputuskan Menjadi Harta Pusaka Untuk Waris-Warisnya Darpada Tarikh Kematiannya. Cara Ini Meliputi Kehendak Peraturan Pusaka Orang Islam. Oleh Yang Demikian, Mereka Ialah Orang Yang Ada Hak Dalam Harta Itu. Jika Ini Diputuskan Soal Sama Ada Pihak-Pihak Ada Locus Standi, Tidak Akan Mudah Diputuskan. Secara Umumnya, Jika Seseorang Mempunyai Hak Dalam Sesuatu Harta Maka Dengan Sendirinya Ia Mempunyai Locus Standi Kerana Ketetapan Sudah Menjadi Aturan Penyusunan Syariah.[16]


BIDANGKUASA MAHKAMAH DALAM HAL EHWAL PEWARISAN :[17]


Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Adalah Sangat Sempit Kerana Ianya Setakat :

A) Mengesahkan Benefisiari Yang Berhak Kepada Harta Pusaka Si Mati Yang Beragama Islam.

B) Mengesahkan Kadar Saham Benefisiari Berkenaan Dalam Sijil Faraid Atau Akuan Perwarisan Sahaja.

Manakala Bidangkuasa Mahkamah Tinggi Sivil Adalah Lebih Luas Dan Terpakai Dalam Perkara-Perkara Berikut :

A) Kes-Kes Kematian Berwasiat

B) Kes-Kes Kematian Berwasiat Dan Tidak Berwasiat

C) Kes-Kes Kematian Tak Berwasiat Bagi Si Mati Yang Meninggalkan Harta Pusaka

D) Membicara Dan Memutuskan Kes-Kes Rayuan Pusaka


[1] (1978) 1 MLJ 173

[2] Perlembagaan Persekutuan

[3] Ibid

[4] Bidangkuasa Mahkamah Syariah Dalam Kes Pewarisan

[5] Probate And Administration Of A Muslim’s Estate In Malaysia-Legislative Competence And Syariah/Civil Court Jurisdiction

[6] The Principle Of Mirath In Islam And Its Application In The Administration And Distribute Of Muslim Intestate States In Peninsular Malaysia With Special Reference The Group Settlement Land

[7] Akta Pentadbiran Undang –Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan )1993

[8] Akta Probet Dan Pentadbiran 1959

[9] Bidangkuasa Mahkamah Syariah Dalam Kes Pewarisan

[10] Ibid

[11] (1992) 2 MLJ 798

[12] (1998) 1 MLJ 681

[13] (1999) 1 MLJ 489

[14] Ulasan Kes : Jumaaton Dan Raja Delila Lwn Raja Hizaruddin

[15] Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Dalam Kes Pewarisan

[16] Ulasan Kes : Jumaaton Dan Raja Delila Lwn Raja Hizaruddin

[17] Harta Amanah Orang Islam Di Malaysia Perspektif Undang-Undang Dan Pentadbiran


http://nuuraminah.blogspot.com/2010/08/kontroversi-bidangkuasa-mahkamah.html

Saturday, 26 January 2013

Apa Itu Hudud ?


             



 Profesor Madya Datin Dr. Paizah Hj Ismail ( Jabatan Fiqh & Usul , Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ) menyatakan bahawa perkataan Hudud yang diguna pakai oleh masyarakat Melayu berasal daripada perkataan Arab.Menurut Kamus Dewan,terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kuala Lumpur, Cetakan 1989, muka surat 430 :

“ Hudud bermaksud had ataupun batas,perenggan,hingga dan setakat ”

Penegrtian – pengertian ini ada persamaan dengan takrif yang diberikan oleh pakar bahasa Arab.Menurut takrifan Ibn Manzhur r.h di dalam kitabnya Lisan Al – Arab , jilid 3, muka surat 140 :

              “ Had ialah pemisah antara dua perkara agar kedua – duanya tidak bercampur – aduk atau bertembung antara satu sama lain ”

              Tambah beliau lagi,perkataan ini juga digunakan bagi erti hujung sesuatu atau untuk membezakan antara sesuatu dengan yang lain.Kata jamak ( Plural ) bagi perkataan ini ialah Hudud.Al – Azhari r.h pula berpendapat Hudud Allah terbahagi kepada dua jenis.Pertama,ketentuan mengenai makan minum dan perkahwinan mereka sama ada halal atau haram.Kedua,seksaan ke atas mereka yang melakukan apa yang dilarang seperti mencuri atau berzina

              Sebagai satu istilah dalam pengajian syariat Islam,secara khususnya hudud bermaksud seksaan ( عقوبة ).Namun,istilah seksaaan ini memberi pengertian yang lebih khusus berbanding pembalasan ( جزاء ).Ini kerana,pembalasan tidak semestinya dalam bentuk seksaan.Ia mungkin dalam bentuk pembayaran ganti rugi,denda dan sebagainya.

              Perbezaan antara “ Seksaaan ” dengan “ Pembalasan ” ini juga boleh dijadikan landasan kepada perbezaan antara “ Hukuman Terhadap Kesalahan Jenayah ” dan
“ Hukuman Terhadap Kesalahan Sivil ”

              Dalam kes – kes jenayah,hukuman yang dikenakan bersifat “ Seksaan ” seperti rejam atau rotan dalam kes zina,potong tangan dalam kes mencuri dan sebagainya.Sedangkan dalam kes – kes sivil,hukuman yang dikenakan tidak bersifat seperti itu.Umpamanya,hukuman ganti rugi atas kesalahan merosakkan harta orang lain,denda atas kesalahan mungkir janji dan sebaginya.

              Namun,tidak semua “ Seksaan ” itu bersifat hudud.Ini kerana ,bagi membolehkan sesuatu disifatkan sebagai hudud,bentuk “ Seksaan ” itu perlu memenuhi ciri – ciri tertentu.Menurut Ibn Al Humam di dalam kitabnya Fath Al Qadir ,jilid 6, muka surat 212 :
                       
              “ Had ialah seksaan yang telah ditetapkan kadarnya oleh syarak bagi memenuhi hak Allah.Tambah beliau,sebab itulah qisas tidak boleh disebut sebagaihad.Ini kerana,ia dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan hak individu.Begitu juga hukuman ta’zir.Ia tidak boleh disifatkan sebagai had kerana kadarnya tidak ditentukan oleh syaral ”

Sebagaimana yang semua ketahui,qisas jelas sekali bersifat “ Seksaan ” atau punitif
 ( hukuman ).Begitu juga hukuman ta’zir.Pengertian ini jelas menunjukkan persamaan yang jelas antara hukum hudud,qisas dan ta’zir.Berasaskan kepada persamaan ini,ketiga – tiga hukuman berkenaan dikelaskan bersama sebagai hukuman atas kesalahan “ jenayah ”
Bukan “ sivil ” .Dalam syariat Islam,kesalahan jenayah itu sendiri dikategorikan mengikut jenis hukuman ini,iaitu jenayah hudud,jenayah qisas dan jenayah ta’zir.

Hudud Adalah Jenayah Berat :

              Jika kita perhatikan,kategori hukuman bagi jenayah yang ditentukan secara terperinci oleh syariat Islam termasuk kategori jenayah berat.Umpamanya dalam kes
Jenayah Qisas ” dan “ Diat ”.

              Ia melibatkan kesalahan membunuh,mencedera,pencerobohan terhadap nyawa dan keselamatan tubuh badan.Begitulah juga dalam kes “ Jenayah Hudud ” di mana pencerobohan berlaku terhadap kehidupan manusia terutama dari perspektif kemasyarakatan.Antaranya pencerobohan terhadap kesucian beragama,kesejahteraan akal,maruah keturunan,keselamatan harta benda,keselamatan negara dan sebagainya.

              Dengan kata lain,jenayah yang termasuk kategori hudud ini merupakan kesalahan yang menyentuh lima keperluan asas manusia atau dikenali sebagai ( الضروريات الخمس  ).Menurut syariat Islam,keperluan hidup terbahagai kepada tiga, iaitu :

                                   I.            Keperluan Asas ) ضروريات   )
                                II.            Keperluan Biasa (  حاجيات  )
                              III.            Keperluan Mewah (  تحسينات  )

Imam al – Syatibi r.h menegaskan di dalam kitabnya al – muwafaqot, jilid 2, muka surat 243 – 244 :

              “ Keperluan asas yang sangat perlu dijaga bagi menjamin kepentingan hidup masnusia ada lima , iaitu agama,nyawa,akal, maruah dan harta.Lima aspek hidup inilah yang disebut sebagai al dururiyyat al khams ”

              Sebagai jenayah berat yang menggugat kestabilan hidup manusia,hukuman yang dikenakan ke astanya juga perlu berat.Kalau tidak,mana mungkin ia mampu mencapai objektif pemulihan dan sebagainya. - Kitab al – nizam al ‘Iqaoobi al – Islami Karya Abu al Ma’ati Hafiz Abu al – Futuh, ms 109 – 157.

                  Menurut Abdul Qadir ‘Audah di dalam kitabnya al Tasyri’ al Jina’i al Islami, jilid 2,muka surat 345 :

              “ Hanya jenayah tertentu sahaja boleh dikategorikan sebagai ‘ jenayah hudud ’.Ia tidak  akan berubah mengikut oersedaran masa kerana telah ditentukan sendiri oleh syariat Islam ,iaitu melaui al Quran dan Sunnah ”

              Menurut jumhur ulama fiqh, kesalahan – kesalahan jenayah yang dikategorikan sebagai Jenayah Hudud ialah :

                                   I.            Murtad
                                II.            Minum Arak
                              III.            Mencuri
                             IV.            Merompak
                                V.            Berzina
                             VI.            Menuduh Zina
                           VII.            Memberontak.( Bughat )