widget

Saturday, 26 January 2013

Apa Itu Hudud ?


             



 Profesor Madya Datin Dr. Paizah Hj Ismail ( Jabatan Fiqh & Usul , Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ) menyatakan bahawa perkataan Hudud yang diguna pakai oleh masyarakat Melayu berasal daripada perkataan Arab.Menurut Kamus Dewan,terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka,Kuala Lumpur, Cetakan 1989, muka surat 430 :

“ Hudud bermaksud had ataupun batas,perenggan,hingga dan setakat ”

Penegrtian – pengertian ini ada persamaan dengan takrif yang diberikan oleh pakar bahasa Arab.Menurut takrifan Ibn Manzhur r.h di dalam kitabnya Lisan Al – Arab , jilid 3, muka surat 140 :

              “ Had ialah pemisah antara dua perkara agar kedua – duanya tidak bercampur – aduk atau bertembung antara satu sama lain ”

              Tambah beliau lagi,perkataan ini juga digunakan bagi erti hujung sesuatu atau untuk membezakan antara sesuatu dengan yang lain.Kata jamak ( Plural ) bagi perkataan ini ialah Hudud.Al – Azhari r.h pula berpendapat Hudud Allah terbahagi kepada dua jenis.Pertama,ketentuan mengenai makan minum dan perkahwinan mereka sama ada halal atau haram.Kedua,seksaan ke atas mereka yang melakukan apa yang dilarang seperti mencuri atau berzina

              Sebagai satu istilah dalam pengajian syariat Islam,secara khususnya hudud bermaksud seksaan ( عقوبة ).Namun,istilah seksaaan ini memberi pengertian yang lebih khusus berbanding pembalasan ( جزاء ).Ini kerana,pembalasan tidak semestinya dalam bentuk seksaan.Ia mungkin dalam bentuk pembayaran ganti rugi,denda dan sebagainya.

              Perbezaan antara “ Seksaaan ” dengan “ Pembalasan ” ini juga boleh dijadikan landasan kepada perbezaan antara “ Hukuman Terhadap Kesalahan Jenayah ” dan
“ Hukuman Terhadap Kesalahan Sivil ”

              Dalam kes – kes jenayah,hukuman yang dikenakan bersifat “ Seksaan ” seperti rejam atau rotan dalam kes zina,potong tangan dalam kes mencuri dan sebagainya.Sedangkan dalam kes – kes sivil,hukuman yang dikenakan tidak bersifat seperti itu.Umpamanya,hukuman ganti rugi atas kesalahan merosakkan harta orang lain,denda atas kesalahan mungkir janji dan sebaginya.

              Namun,tidak semua “ Seksaan ” itu bersifat hudud.Ini kerana ,bagi membolehkan sesuatu disifatkan sebagai hudud,bentuk “ Seksaan ” itu perlu memenuhi ciri – ciri tertentu.Menurut Ibn Al Humam di dalam kitabnya Fath Al Qadir ,jilid 6, muka surat 212 :
                       
              “ Had ialah seksaan yang telah ditetapkan kadarnya oleh syarak bagi memenuhi hak Allah.Tambah beliau,sebab itulah qisas tidak boleh disebut sebagaihad.Ini kerana,ia dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan hak individu.Begitu juga hukuman ta’zir.Ia tidak boleh disifatkan sebagai had kerana kadarnya tidak ditentukan oleh syaral ”

Sebagaimana yang semua ketahui,qisas jelas sekali bersifat “ Seksaan ” atau punitif
 ( hukuman ).Begitu juga hukuman ta’zir.Pengertian ini jelas menunjukkan persamaan yang jelas antara hukum hudud,qisas dan ta’zir.Berasaskan kepada persamaan ini,ketiga – tiga hukuman berkenaan dikelaskan bersama sebagai hukuman atas kesalahan “ jenayah ”
Bukan “ sivil ” .Dalam syariat Islam,kesalahan jenayah itu sendiri dikategorikan mengikut jenis hukuman ini,iaitu jenayah hudud,jenayah qisas dan jenayah ta’zir.

Hudud Adalah Jenayah Berat :

              Jika kita perhatikan,kategori hukuman bagi jenayah yang ditentukan secara terperinci oleh syariat Islam termasuk kategori jenayah berat.Umpamanya dalam kes
Jenayah Qisas ” dan “ Diat ”.

              Ia melibatkan kesalahan membunuh,mencedera,pencerobohan terhadap nyawa dan keselamatan tubuh badan.Begitulah juga dalam kes “ Jenayah Hudud ” di mana pencerobohan berlaku terhadap kehidupan manusia terutama dari perspektif kemasyarakatan.Antaranya pencerobohan terhadap kesucian beragama,kesejahteraan akal,maruah keturunan,keselamatan harta benda,keselamatan negara dan sebagainya.

              Dengan kata lain,jenayah yang termasuk kategori hudud ini merupakan kesalahan yang menyentuh lima keperluan asas manusia atau dikenali sebagai ( الضروريات الخمس  ).Menurut syariat Islam,keperluan hidup terbahagai kepada tiga, iaitu :

                                   I.            Keperluan Asas ) ضروريات   )
                                II.            Keperluan Biasa (  حاجيات  )
                              III.            Keperluan Mewah (  تحسينات  )

Imam al – Syatibi r.h menegaskan di dalam kitabnya al – muwafaqot, jilid 2, muka surat 243 – 244 :

              “ Keperluan asas yang sangat perlu dijaga bagi menjamin kepentingan hidup masnusia ada lima , iaitu agama,nyawa,akal, maruah dan harta.Lima aspek hidup inilah yang disebut sebagai al dururiyyat al khams ”

              Sebagai jenayah berat yang menggugat kestabilan hidup manusia,hukuman yang dikenakan ke astanya juga perlu berat.Kalau tidak,mana mungkin ia mampu mencapai objektif pemulihan dan sebagainya. - Kitab al – nizam al ‘Iqaoobi al – Islami Karya Abu al Ma’ati Hafiz Abu al – Futuh, ms 109 – 157.

                  Menurut Abdul Qadir ‘Audah di dalam kitabnya al Tasyri’ al Jina’i al Islami, jilid 2,muka surat 345 :

              “ Hanya jenayah tertentu sahaja boleh dikategorikan sebagai ‘ jenayah hudud ’.Ia tidak  akan berubah mengikut oersedaran masa kerana telah ditentukan sendiri oleh syariat Islam ,iaitu melaui al Quran dan Sunnah ”

              Menurut jumhur ulama fiqh, kesalahan – kesalahan jenayah yang dikategorikan sebagai Jenayah Hudud ialah :

                                   I.            Murtad
                                II.            Minum Arak
                              III.            Mencuri
                             IV.            Merompak
                                V.            Berzina
                             VI.            Menuduh Zina
                           VII.            Memberontak.( Bughat ) 

Thursday, 24 January 2013

Fatwa 'Asqalani Dan Suyuti Mengenai Sambutan Maulidur Rasul


Jalaludin al-Suyuti telah menulis didalam kitab beliau, "Hawi li al-Fatawa", Sheikhul Islam dan Imam Hadith pada zamannya, Ahmad ibn Hajar ('Asqalani) telah ditanya mengenai perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w) dan beliau telah memberi jawapan secara bertulis:
Adapun perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w.) merupakan bida'ah yang tidak pernah diriwayatkan oleh para Salafussoleh pada 300 tahun pertama selepas hijrah. Walaubagaimanapun, ianya penuh dengan kebaikan dan perkara-perkara yang terpuji dan kadangkala ianya dicacatkan oleh perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya.

 Jika sambutan Maulidurrasul itu terpelihara dari perkara-perkara yang melanggar syariah maka ianya tergolong didalam perbuatan bida'ah hasanah tetapi jika sambutan tersebut terselit perkara-perkara yang melanggar syariah maka ianya tidak tergolong didalam bida'ah hasanah.

Untuk menjadi dalil bagi sambutan Maulidurrasul (s.a.w), hadis dibawah ini boleh digunakan, ianya merupakan hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim . Semasa Nabi berada di Madinah, beliau mendapati bahawa kaum Yahudi berpuasa pada hari kesepuluh Muharranm ('Asyura) dan baginda (s.a.w) bertanya akan perbuatan mereka, kata mereka, mereka berpuasa kerana pada hari tersebut, Nabi Musa telah diselamatkan dan Firaun telah ditenggelamkan. Kami berpuasa untuk menyatakan kesyukuran kami. 

Perkara ini menjadi dalil bagi kita untuk menyatakan kesukuran kita kerana Dia telah merahmati hari tersebut dan menjauhkan bala, seseorang sepatutnya bersyukur akan datangnya hari tersebut pada setiap tahun, bersyur melalui berbagai jenis 'ibadah seperti solat, memberi sedekah, membaca Quran.
Oleh itu, Rahmat apakah yang lebih besar selain daripada kelahiran Nabi dan Rasul yang menjadi Rahmat pada hari ini. 

Sudah pasti hari kelahiran Rasul Junjungan Mulia S.A.W disambut dan dibesarkan apabila tiba hari tersebut. Jika kita mengambil dalil-dalil seperti yang telah dijelaskan di atas mahupun post-post yang sebelumnya. Malahan ada juga dikalangan yang menyambut kelahiran Baginda S.A.W tanpa mengira batas waktu tanpa mengira mana-mana bulan malah jika ingin menyambutnya sepanjang tahun adalah tidak dilarang. Tiada apa yang salah mengenai menyambut dan mensyukuri nikmat kelahiran Rasul Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W.


 ~ http://mahabbahislamiyah.blogspot.com ~

Ibnu Kathir Memuji - Muji Malam Maulidur Rasul

Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani telah menulis didalam kitabnya, 'Al-Durar al-Kamina fi 'ayn al-Mi'at al-thamina' bahawa Ibnu Kathir, seorang Muhaddith dan merupakan pengikut Ibnu Taimiyyah, telah menulis sebuah kitab yang bertajuk Maulid Rasul Allah di penghjung hidupnya dan kitab ini telah tersebar dengan meluas dan keserata tempat. Didalam kitab ini. (disunting dan diterbitkan pada tahun 1961) Ibnu Kathir membenarkan dan menggalakkan sambutan Maulid dan didalam ms 19 beliau telah menulis," Malam kelahiran Nabi (s.a.w) merupakan malam yang mulia, utama, dan malam yang diberkahi dan malam yang suci, malam yang menggembirakan bagi kaum Mukmin , malam yang bercahaya-cahaya, terang benderang dan bersinar-sinar dan malam yang tidak ternilai."

 ~ http://mahabbahislamiyah.blogspot.com ~

Pendapat Ibnu Taimiyyah Mengenai Majlis Zikir


Berikut merupakan pendapat Ibnu Taimiyyah mengenai majlis zikir. Ianya boleh didapati didalam kitab Majmu 'at fatawa Ibnu Taimiyyah edisi King Khalid ibn 'Abd al-Aziz. Ibnu Taimiyyah telah ditanya mengenai pendapat beliau mengenai perbuatan berkumpul beramai-ramai berzikir, membaca al-Quran berdoa sambil menanggalkan serban dan menangis sedangkan niat mereka bukanlah kerana riak ataupun menunjuk-nunjuk tetapi hanyalah kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Adakah perbuatan-perbuatan ini boleh diterima? Beliau menjawab,"Segala puji hanya bagi Allah, perbuatan-perbuatan itu semuanya adalah baik dan merupakan suruhan didalam syariah (mustahabb) untuk berkumpul dan membaca al-Quran dan berzikir serta berdoa."

Alim Ulama Muinangkabau Pictures, Images and Photos

 ~ http://mahabbahislamiyah.blogspot.com ~

Sambutan Maulidur Rasul Di Negara - Negara Islam Pada Zaman Sekarang


Pada zaman sekarang, kebanyakan orang-orang Islam dinegara-negara Islam meraikan Maulidurrasul (s.a.w). Antara negara-negara tersebut termasuklah: Mesir, Syria, Lebanon, Jordan, Palestine, Iraq, Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi (tidak secara rasmi - penduduk menyambutnya sendiri dirumah-rumah mereka), Sudan, Yemen, Libya, Tunisia, Algeria, Maghribi, Mauritania, Djibouti, Somalia, Turkey, Pakistan, India, Sri Lanka, Iran, Afghanistan, Azerbaidjan, Uzbekistan, Turkestan, Bosnia, Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan kebanyakan negara Islam yang lain. Dikebanyakan negara Arab Maulidurrasul (s.a.w) merupakan hari cuti umum. Kesemua negara-negara ini Wahai Ummah, meraikan hari tersebut. Namun begitu kenapa masih lagi ada segelintir dari kalangan kita yang mengatakan ianya haram? Siapakah mereka ini untuk dibandingkan dengan para huffaz (ahli hadith) dan ' Ulama Ummah seperti Abu Shama, 'Asqalani, Suyuti, Sakhawi, Haytami, Shawkani dan al-Qari yang mana mereka semua mengatakan bahawa sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan suatu perbuatan yang terpuji? Mengapakah mereka yang menggelarkan diri mereka Salafi ini mengharamkan sesuatu perkara yang mana Ibnu Taimiyyah (antara ulama yang begitu tegas) sendiri, membenarkannya? Ibnu al-Jawzi dan Ibnu Kathir pula menggalakkannya dan masing-masing-masing mereka menulis kitab Maulid yang mengandungi syair dan rangkap-rangkap daripada Sira

Sambutan Maulidur Rasul Pada Abad Ke 10 Hijrah





Tiga Rakaman Sambutan Maulidurrasul  Pada abad Ke - 10 Hijrah  :

Berikut merupakan catatan yang menguatkan lagi cerita-cerita mereka yang melihat sambutan Maulidurrasul (s.a.w). Catatan ini bersumber daripada 3 ahli sejarah abad ke -10 hijrah yang dianggap mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tiada tandingannya pada zaman tersebut, Ibnu Huhayra didalam kitabnya al-Jami' al-Latif fi Fasl Makkah wa ahliha (ms.326), al - Hafiz Ibnu Hajar al-Haytami didalam kitabnya al-Mawlid ash-Sharif al-Mu'azzam dan al-Nahrawali didalam kitabnya al-I'lam bi-a'lam Bayt Allah al-Haram (ms.205).

Pada 12hb Rabi'al al-Awwal setiap tahun selepas solat Maghrib keempat-empat (wakil keempat-empat mazhab) Qadi kota Makkah dan sekumpulan besar orang yang terdiri daripada para fuqaha' (ulama) dan fudala' (mereka yang utama) kota Makkah, Sheikh-sheikh, pemimpin-pemimpin zawiyah dan murid-murid mereka , para ru'asa' (hakim-hakim) dan para muta'ammamin (ulama) meninggalkan masjid dan pergi secara beramai-ramai untuk menziarahi tempat kelahiran Nabi sambil berdzikir dan membaca tahlil (LA ILAHA ILLALLAH). Rumah-rumah terletak sepanjang jalan tersebut diterangi dengan lampu-lampu dan lilin-lilin besar dan ramai daripada penghuni-penghuni rumah-rumah tersebut memenuhi jalan tersebut. Mereka semua memakai pakaian baru dan membawa anak-anak mereka bersama-sama. Setibanya ditempat kelahiran Nabi (s.a.w) doa khas pun dibacakan dan karamah-karamah yang berlaku semasa kelahiran Nabi (s.a.w) pun dibacakan.
Seterusnya doa untuk Sultan, Amir Makkah dibacakan dan Qadi yang bermazhab Shafi'i dibacakan dan kesemua mereka berdoa dengan penuh merendah diri. Sebelum solat al-'Isha, rombongan tadi pun kembali ke Masjidil Haram yang dipenuhi oleh manusia dan mereka mengambil tempat dan membentu saf dikawasan Maqam Ibrahim. Di Masjidil Haram, seorang penyeru akan bertahmid (AL HAMDULILLAH) dan bertahlil dan sekali lagi berdoa untuk Sultan, Amir dan Qadi yang bermazhab Shafi'i. Seterusnya, azan untuk solat 'Isha dilaungkan. Selepas solat al-'Isha, mereka pun bersurai. Peristiwa yang serupa ini juga dirakamkan oleh al-Diyarbakri (meninggal 960) didalam kitabnya Ta'rikh al-Khamis.


~ http://www.mahabbahislamiyah.blogspot.com ~



Salam Maulidur Rasul .....



" Seringkali Aku Berfikir Bagaimana Mulianya Hati Nabi Kita , Tetap Senyum Bila Di Benci .. Tetap Tenang Bila Di Musuhi , Tetap Membantu Walau Disakiti , Tetap Menyeru Walau Diusir Pergi. Kenapa Kita Mudah Benci Bila Dikasari , Mudah Putus Asa Bila Yang Di Lalukan Tidak Menjadi , Mudah Kecewa Bila Orang Lain Tidak Memahami , Mudah Terguris Bila Dilukai .. Ayuh Kita Tarbiah Diri , Agar Yang Terindah Menghiasi Peribadi .. Kerana Qudwah Kita Adalah Nabi .. Itulah Sifat Hamba Allah Yang Hakiki "

Thursday, 10 January 2013

Cinta Menurut Islam ...... :)



Cinta ini mengasyikkan sehingga si Majnun melupakan dirinya dan asyik mengingati kekasihnya laila. Dia berkata dalam rangkap syairnya:

“ Aku cuba untuk melupakan untuk mengingatinya tetapi seolah-olah Laila menjelma dalam diriku pada setiap keadaan”

Setiap manusia ada benda yang dicintainya samada wanita, harta, tahkta, dunia, dirinya dan sebagainya. Kita hendak lihat ditahap mana cinta kita. Di bawah ulama telah menggariskan lima jenis cinta.



PERTAMA :

Cinta kepada Allah swt. Cinta Allah sahaja tidak cukup untuk bebas dari azab Allah swt kerana orang-orang musyrikin dan penyembah berhala juga mencintai Allah swt. Mereka mempunyai jenis cinta yang keempat iaitu syirkul mahabbah.

KEDUA :

Menyintai apa yang Allah cintai. Inilah yang membezakan diantara orang Islam dan orang kafir. Orang yang paling disayangi oleh Allah adalah orang yang paling kuat cinta jenis ini. Apa yang dicintai oleh Allah swt adalah begitu banyak disebut dalam al-Quran dan hadis Rasulullah saw. Antaranya yang disebut dalam al-Quran adalah:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” Ayat 4 surah as-Saff.

Ada lapan golongan yang dikasihi Allah seperti dalam al-Quran iaitu 1. Al-Muttaqun. 2. Al-Muhsinun. 3. As-Sabirun. 4. At-Tawwabun. 5. Al-Mutatahhirun. 6. Al-Mutawakkilun. 7. Al-Muqsitun 8. Al-Muqatilun fi sabilillah. 

Adapun perkara yang dikasihi Allah S.w.t dalam hadis adalah seperti beriku
t :

“ Sesiapa yang cinta untuk bertemu dengan tuhan , Allah juga cinta untuk menemuinya.” 

( Hadith Sahih Bukhari ( 2443 ) )

Allah S.w.t berfirman dalam Hadith Qudsi :

“ Tidak ada perkara yang lebih mendekatkan hambaku denganku daripada kefarduan yang aku fardukan kepadanya. Hambaku sentiasa mendekatkan diriku dengan amalan-amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya.” ( Hadith sahih riwayat Bukhari  ( 6137 ) )

KETIGA :

Menyintai sesuatu kerana Allah swt. Nabi saw bersabda:

“ Sesiapa yang menyintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah sesungguhnya telah sempurna imannya.”

(  Hadis riwayat Tirmizi (2521), Abu Daud, Ahmad dan Hakim dengan sanad yang hasan.)

Nabi Muhammad S.a.w juga bersabda :'

“ Tidak ada dua orang lelaki berkasih sayang kerana Allah melainkan yang terbaik diantara keduanya adalah yang paling mengasihi saudaranya.”

(  Hadith riwayat Hakim dan diakui oleh zahabi akan kesahihannya. )

KEEMPAT :

Cinta sekutu (partnership love) atau syirkul mahabbah. Setiap benda yang dicintai bukan kerana Allah dan bukan diperintah oleh Allah maka dia telah mensyirikkan cinta. Ramai yang menyintai Allah , tapi dalam masa yang sama dia menyintai benda lain bukannya kerana Allah. Inilah yang dirakamkan dalam al-Quran:

“ Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.”. ~ Surah Al Baqarah , Ayat 165

KELIMA :

Cinta yang semula jadi. Inilah yang disebut oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).” Ayat 14 surah Ali Imran

Imam Ibnu Qayyim berkata:

“ Cinta ini tidak dicela kecuali sekiranya melalaikan dari mengingati Allah dan menjauhkan dari cintaNya.”
Firman Allah S.w.t :

" Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi." ~ Surah Al Munafiqun, Ayat 9 ~

Monday, 7 January 2013

18 Sebab Jin Merasuk Manusia

Ustaz Ahmad Dasuki Andul Rani Merupakan Salah Seorang Imam Di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz , Shah Alam , Selangor Darul Ehsan.BeliauTubuh Mengatakan Bahawa Setiap Tubuh Manusia Ada Jin Dan Makhluk Halus.Mereka Ini Akan Sentiasa Berusaha Untuk Mempengaruhi Manusia Agar Mengikut Telunjuk Mereka.

Dalam Erti Kata Yang Lain,Makhluk - Makhluk Itu Cuba Menundukkan Manusia.Makhluk Tersebut Sentiasa Berusaha Untuk Menjadikan Manusia Sebagai Hamba Mereka.

Pendakwah Bebas Lulusan Universiti Al Azhar Itu Berkata,Ramai Manusia Tidak Menyedari Bahawa Tindak Tanduk Manusia Itu Sentiasa Menjadi Perhatian Jin.Terutama Mereka Yang Suka Bersolek Dan Gemar Berpakaian Mendedahkan Aurat Menghadapi Risiko Besar.Iaitu Berisiko Tinggi Menjadi Sasaran Golongan Jin.Jin Sememangnya Menyukai Perempuan Yang Suka Mengabaikan Aspek Tersebut Lalu Menggoda Dan Memikat Mereka.

" Jin Sebenarnya Suka Memikat Manusia,Terutamanya Wanita Yang Suka Bersolek Dan Gemar Berpakaian Mendedahkan Aurat " , Katanya Ketika Membentangkan Kertas Kerja Berkaitan Peranan Jin Di Masjid Kota Damansara , Petaling Jaya , Baru - Baru Ini.

Akhirnya Manusia Terperangkap Dan Cenderung Untuk Melakukan Maksiat Demi Maksiat.Mulanya Jin Menghasut Dengan Berkata Mendedahkan Aurat Hanyalah Dosa Yang Ringan Dan Tidak Mengapa Untuk Diamalkan.Ini Kerana Dengan Mendirikan Solat Dan Beristighfar Banyak - Banyak , Dosa Itu Akan Diampunkan Oleh Tuhan.Apa Yang Diperlukan Sekarang Ialah Memperlihatkan Personaliti Yang Mengagumkan Dan Menarik Perhatian Kumpulan Manusia Yang Menjadi Sasaran Itu.

Kemuadian Setelah Terbiasa,Lama Kelamaan Manusia Tersebut Sanggup Berbuat Dosa Maksiat Yang Lagi Besar.Seperti Zina, Fitnah , Curi , Bunuh Dan Sebaginya.

Bahkan Jika Dosa - Dosa Kecil Itu Dibiarkan Berlarutan Akan Merubah Hati Menjadi Hitam Dan Keras.Hati Yang Kotor Akan Diselaputi Dengan Bisikan Jahat Oleh Makhluk - Makhluk Jin Tersebut.

Menurut Ustaz Dasuki Lagi , Jin Tiadak Akan Datang Mengacau Seseorang Itu Melainkan Ia Sudah Terpikat.

" Bila Sudah Berkenan, Jin Akan Berusaha Memasuki Tubuh Orang Yang Dia Suka Dan Terus Bersarang Di Dalamnya " Ustaz Dasuki Menjelaskan Lagi.

" Manusia Yang Sudah Lupa Allah Dan Menjauhi Al Quran , Tidak Lagi Mempunyai Pendinding Diri Dan Sebab Itu Mudah Dipengaruhi Jin "  Kata Ustaz Dasuki.

Ustaz Dasuki Menyatakan 18 Sebab Jin Merasuk Manusia , Iaitu :

1 ) Apabila Manusia Meringankan Solat Dan Tidak Mentaati Perintah Allah.

2 ) Terdapat Alat Muzik Atau Alat Melalaikan Di Dalam Rumah.

3 ) Meninggikan Suara Dalam Bilik Air.

4 ) Menangis Dan Merintih Sebelum Tidur

5 ) Membuang Air Panas Ke Dalam Bilik Air

6 ) Melompat Tinggi Tanpa Membaca بسم الله الرحمن الرحيم

7 ) Memasuki Tempat Gelap Yang Ditinggalkan

8 ) Perasaan Terlalu Takut Dan Terlampau Gembira , Seperti Ketawa Berlebihan

9 ) Selalu Bertengkar Suami Isteri

10 ) Terlampau Marah

11 ) Mengikut Hawa Nafsu

12 ) Terdapat Gambar Lukisan Manusia Dan Anjing Dalam Rumah

13 ) Terdapat Lambang Salib Pada Lantai , Sejadah , Atau Langsir

14 ) Menghadiri Majlis Yang Melekakan Tanpa Menyebut Kalimah Allah

15 ) Perempuan Suka Bersolek

16 ) Berlaku Sihir Perjanjian Di Antara Jin Dan Tukang Sihir

17 ) Jin Jatuh Cinta Pada Manusia

18 ) Suka Membaca Buku Cerita Hantu Dan Berunsur Sihir

Berikut Ialah Beberapa Tanda - Tanda Manusia Itu Dirasuk Jin :

1 ) Sukar Tidur Malam

2 ) Hati Berdebar - Debar Terutama Ketika Waktu Senja Dan Waktu Azan Berkumandang

3 ) Perasaan Resah Tidak Menentu

4 ) Mimpi Buruk Yang Berulang Kali Seperti Melihat Anjing Hitam , Kucing Hitam , Ular , Manusia Pelik , Dibawa Ke Kubur Atau Diusung Ke Tempat Mengerikan

5 ) Selsema Berpanjangan Dikaitkan Dengan Makhluk Halus Selain Malas Berzikir Dan Malas Bersolat

6 ) Pening Berpanjangan Pada Waktu Senja

7 ) Otak Atau Fikiran Menjadi Lemah

8 ) Tidak Sedar Diri

9 ) Telinga Berdesing Atau Mendengar Suara - Suara Halus Yang Menyebut Sesuatu.


Friday, 4 January 2013

Sebuah Kembara Jalanan

Hidup Ini Sebuah Pengembaraan.Pengembaraan Dari Satu Alam Ke Alam Yang Lain.Bahkan Mati Itu Juga Sebagai Sebuah Pengembaraan.Yakni Kembara Dari Alam Dunia Ke Alam Barzakh.

Rasullullah S.a.w Bersabda :

" Ada Apa Aku Dan Dunia Ini ! Tidalah Dunia Dan Aku Ini Melainkan Seperti Seorang Pengembara Yang Berlindung Dari Panas Di Bawah Sepohon Pokok,Kemudian Pergi Meninggalkannya "

{ Riwayat Al - Tirmizi , Dinilah Sahih Oleh Al Albani }

Bahlan Allah S.w.t Menyatakan Bahawa Tidak Ada Sesuatu Ciptaannya Itu Sia - Sia.Firman Allah S.w.t :

" Maka Adakah Patut Kamu Menyangka Bahawa Kami Hanya Menciptakan kamu ( Dari Tiada Kepada Ada ) Sahaja Dengan Tiada Sebarang Hikmat Pada Ciptaan Itu ? Dan kamu ( Menyangka Pula ) Tidak Akan Dikembalikan Kepada Kami ? Maka ( Dengan Demikian ) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai Seluruh Alam , Lagi Yang Tetap Benar , Tiada Tuhan Melainkan Dia , Tuhan yang Mempunyai Arasy' Yang Mulia "

( Surah Al Mu'minun , Ayat 115 - 116 )

Maka Setiap Apa Yang Ada Di Dunia Ini Perlu Dihargai,Disyukuri Dan Dinikmati Dengan cara Betul Sebgaimana Sepatutnya Mengikut Hukum Hakam Syariat.

Manakala Salah Satu Syarat Menjadi Seorang Berbudaya Ilmu ( Culture Literacy ),Harus Tahu Menghargai Alam Dan Seni Karya Agung Yang Dizahirkan Sama Ada Tersirat Dan Tersurat ( Professor Emeritus Datuk Abu Bakar Abd. Hamid : Feb 2012 ) .Oleh Itu , Kita Perlukan Penelitian , Ilmu Dan Fikiran Untuk Memahami Alam Di Dalam Kembara Kehidupan Ini.

Allah S.w.t Menyuruh Kita Mengembara  ; Menikmati Alam Dan Berfikir.Firman Allah S.w.t :

" Tidaklah Mereka Menjelajah Di Muka Bumi , Supaya Mereka Mempunyai Hak Yang Dapat Memikirkan Atau Telinga Dapat Digunakan Untuk Mendengar ? Kerana Sebenarnya Bukan Mata Yang Buta , Tetapi Yang Buta Ialah Hati Dalam Dada "

( Surah Al Hajj , Ayat 46 )

Bahkan Allah S.w.t Menyuruh Kita Mengembara, Sebagaimana Allah S.w.t Menyuruh Nabi Musa A.s Mengembara Hingga Membawanya Bertemu Dengan Nabi Khaidir A.s

Malah , Rasullullah S.a.w Sendiri Menggalakkan Umatnya Untuk Mengembara Di Muka Bumi Ini.Antara Isyarat Yang Nytaka Melalui Sabda Baginda :

" Tiga Doa Yang Sangat Mustajab,Doa Orang Yang Puasa,Doa Orang Yang Dizalimi Dan Doa Orang Yang Musafir "

{ Riwayat Ahmad , Bukhari , Abu Daud & Tirmizi }

Lihat,Betapa Tingginya Taraf Orang Yang Bermusafir Atau Mengembara Sehingga Doanya Antara Yang Paling Mustajab.

Setiap Kembara Jalanan Pastinya Akan Menempuh Ujian Dan Kesukaran.Maka Ingatlah Pesanan Allah S.w.t,Tidak Semua Keinginan Kita Itu Membawa Kebaikan Kepada Kita,Dan Bukanlah Ujian Itu Didatangkan Kepada Kita Kecuali Untuk Meningkatkan Darjat Kita Di Sisinya.

" ...... Dan Boleh Jadi Kamu Benci Kepada Sesuatu Padahal Ia Baik Bagi Kamu,Dan Boleh Jadi Kamu Suka Kepada Sesuatu Padahal Ia Buruk Bagi Kamu,Dan ( Ingatlah ) , Allah Jualah Yang Mengetahui
( Semuanya Itu  ) ,Sedang Kamu Tidak Mengetahuinya "

{ Surah Al Baqarah , Ayat 216 }

Lalu Dalam Kembara Hidup Ini,Kita Harus Sedar Dan Insaf Betapa Kerdilnya Diri Ini.Jika Dilihat Setiap Sesuatu Dari Cebisan Alam Ini,Maka Kita Tidak Akan Menjadi Orang Yang Kufur Nikmat.Malah Akan Menjadi Manusia Yang Bersyukur.

" Dan ( Ingatlah ) Ketika Tuhan Kamu Memberitahu : Demi Sesungguhnya ! Jika Kamu Bersyukur Nescaya Aku Akan Tambahi Nikmatku Kepada Kamu Dan Demi Sesungguhny,Jika Kamu Kufur Ingkar Sesungguhnya Azabku Amatlah Keras "

( Surah Ibrahim, Ayat 7 )

Justeru,Kembaralah Di Muka Bumi Allah S.w.t.Ambillah Manfaat Dan Iktibar Setiap mKali Kita Melangkah  Mengembara Atau Bermusafir.Bahkan Di Dalam Al Quran Banyak Sekali Allah S.w.t Menyebut " Tidakkah Kamu Melihat ....... " " Tidakkah Kamu Mengambil Pengajaran .............. " " Berjalanlah Kamu Di Muka Bumi ............. "

Justeru Kita Bermusafir.Terus Mengembara Lagi Dan Lagi.

Serangkap Puisi Dari Ungkapan Abu Firas Al 'Amri Yang Dikenali Dengan Majd Al 'Arab :

" Berpisahlah , Nescaya Kau Dapati Ganti Orang Yang Kau Tinggalkan.Mengembaralah Di Bumi,Nescaya Kamu Temui Petunjuk Dalam Perjalanan Itu.Singa Tidak Meninggalkan Hutannya,Tidak Akan Garang.Anak Panah Jika Tidak Meninggalkan Busarnya Tidak Akan Mengena Sasaran "

( Fawat Al Fawayat 3 / 87 , Beirut : Dar Al Sadir )