widget

Thursday, 24 January 2013

Fatwa 'Asqalani Dan Suyuti Mengenai Sambutan Maulidur Rasul


Jalaludin al-Suyuti telah menulis didalam kitab beliau, "Hawi li al-Fatawa", Sheikhul Islam dan Imam Hadith pada zamannya, Ahmad ibn Hajar ('Asqalani) telah ditanya mengenai perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w) dan beliau telah memberi jawapan secara bertulis:
Adapun perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w.) merupakan bida'ah yang tidak pernah diriwayatkan oleh para Salafussoleh pada 300 tahun pertama selepas hijrah. Walaubagaimanapun, ianya penuh dengan kebaikan dan perkara-perkara yang terpuji dan kadangkala ianya dicacatkan oleh perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya.

 Jika sambutan Maulidurrasul itu terpelihara dari perkara-perkara yang melanggar syariah maka ianya tergolong didalam perbuatan bida'ah hasanah tetapi jika sambutan tersebut terselit perkara-perkara yang melanggar syariah maka ianya tidak tergolong didalam bida'ah hasanah.

Untuk menjadi dalil bagi sambutan Maulidurrasul (s.a.w), hadis dibawah ini boleh digunakan, ianya merupakan hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim . Semasa Nabi berada di Madinah, beliau mendapati bahawa kaum Yahudi berpuasa pada hari kesepuluh Muharranm ('Asyura) dan baginda (s.a.w) bertanya akan perbuatan mereka, kata mereka, mereka berpuasa kerana pada hari tersebut, Nabi Musa telah diselamatkan dan Firaun telah ditenggelamkan. Kami berpuasa untuk menyatakan kesyukuran kami. 

Perkara ini menjadi dalil bagi kita untuk menyatakan kesukuran kita kerana Dia telah merahmati hari tersebut dan menjauhkan bala, seseorang sepatutnya bersyukur akan datangnya hari tersebut pada setiap tahun, bersyur melalui berbagai jenis 'ibadah seperti solat, memberi sedekah, membaca Quran.
Oleh itu, Rahmat apakah yang lebih besar selain daripada kelahiran Nabi dan Rasul yang menjadi Rahmat pada hari ini. 

Sudah pasti hari kelahiran Rasul Junjungan Mulia S.A.W disambut dan dibesarkan apabila tiba hari tersebut. Jika kita mengambil dalil-dalil seperti yang telah dijelaskan di atas mahupun post-post yang sebelumnya. Malahan ada juga dikalangan yang menyambut kelahiran Baginda S.A.W tanpa mengira batas waktu tanpa mengira mana-mana bulan malah jika ingin menyambutnya sepanjang tahun adalah tidak dilarang. Tiada apa yang salah mengenai menyambut dan mensyukuri nikmat kelahiran Rasul Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W.


 ~ http://mahabbahislamiyah.blogspot.com ~

No comments:

Post a Comment